Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Bengkel Digital Story Telling telah diadakan sempena minggu keusahawanan. Peserta di minta untuk menyiapkan DST usahawan-usahawan KUSPID Bdr Penawar menggunakan Windows Movie Maker. Maklumat yang berkaitan tentang usahawan telah diedit dan dijadikan video untuk dimuat turun ke laman web www.youtube.com/mypid.


Peserta mengedit maklumat usahawan ke windows movie maker


Sebahagian peserta bengkel DST


Surirumah yang menyertai bengkel


Peserta bergambar beramai-ramai







|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Minggu keusahawanan Sosial Sedunia telah diadakan sepanjang 17hb Nov - 23hb Nov 2008. Pelbagai aktiviti telah di adakan pada minggu tersebut. Antara aktiviti yang berlangsung di PID Bandar Penawar ialah:

17hb Nov 2008 - Pendaftaran Ahli Kelab Usahawan Sosial PID Bdr Penawar
18hb Nov 2008 - LAwatan Ke Pusat Pertanian Industri Asas Tani & Lawatan ke Pusat
Pemprosesan Makanan FAMA, Rengit Johor.
19hb Nov 2008 - Bengkel blog Usahawan
20hb Nov 2008 - Bengkel DST Usahawan dengan kerjasama pelajar STPM
21hb Nov 2008 - Bengkel Friendster bersama Usahawan
22hb Nov 2008 - Lawatan & Kerja Kursus di ladang En Mohd Fansuri b Abd Shukor
23hb Nov 2008 - Bazar Jualan & Pameran Produk Usahawan
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar

: 1) Biro Ekonomi

2) Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan

Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT)

Dengan Kerjasama : 1) KEJORA

2) Kelab Usahawan Sosial PID Bandar Tenggara

3) Kelab Usahawan Sosial PID Bandar Penawar

Tempat Lawatan : 1) Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam, Kluang

2) Pusat Memproses Makanan FAMA, Rengit

Batu Pahat

Objektif :

1) Memberi peluang kepada para usahawan menimba pengetahuan lebih lanjut dalam bidang pertanian & penternakan.

2) Memberi peluang kepada para usahawan baru untuk meneroka teknologi yang digunakan pada masa kini dalam bidang pertanian, penternakan, perlabelan dan pemasaran produk.

3) Aktiviti ini dapat membuka minda para usahawan dan dapat

melahirkan lebih ramai usahawan baru yang berminat dalam teknologi perladangan, penternakan, perusahaan serta memberi peluang kepada pengeluar-pengeluar produk mendapatkan pengiktirafan bagi perlabelan barangan dengan kerjasama FAMA.

Kumpulan Sasaran : Ahli Kelab Usahawan Sosial

Tarikh Aktiviti : 18.11.2008 (Selasa)

Gambar Sepanjang Aktiviti :




Gambar 23 & 24 : Peserta di Pusat Pertanian Moden Ayer Hitam,

Kluang Johor








Gambar 25 & 26 : Lawatan di Pusat Memproses Makanan FAMA,

Rengit Batu Pahat

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Data keahlian KUS PID Bdr Penawar April 2008 sehingga September 2008 mengikut kategori :



* Untuk rujukan PID Bdr Penawar


|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
RECRUIT merupakan kumpulan penyokong yang mempunyai pengaruh & personaliti yang dapat membantu mengembangkan maklumat & mengenalpasti ahli masyarakat yang berpotensi sebagai usahawan sosial di Bandar Penawar.

PENGHUBUNG (CONNECTOR) KUS PID BDR PENAWAR :
  1. YB Hamimah bt Mansor (YB Dun Penawar)
  2. YB Haron bin Abdullah (YB Dun Tanjung Surat)
  3. Tn Hj Abdul Razak bin Budu (Ketua Pemuda)
  4. En Kamal bin Abd Hamid (Penghulu Mukim Tanjung Surat)
  5. Hj Matriffin bin Mohd Amin (Peg. Sistem Maklumat, KEJORA)
  6. Tn Hj Ustaz Ahmad bin Sonkerim (Imam Masjid, As-Syiffa Bdr Penawar)
  7. En Rahman bin Thalip (Pengurus Pos Caw. Bdr Penawar)
  8. Pn Azlina bt Haron (Kerani POS Caw. Bdr Penawar)
  9. Kakitangan Pos Malaysia Caw. Bdr Penawar (Posman)

JURULATIH (MAVEN) KUS PID BDR PENAWAR :

~ Individu yang berpengalaman/berpengetahuan & gemar untuk berkongsi serta menyebarkan pengetahuan kepada ahli masyarakat yang lain.

  1. En Khairudin bin Husin (Pengarah Kolej Komuniti Bdr Penawar)
  2. Pn Aziah bt Samsudin (Guru Besar Sek. Keb. Bdr Penawar II)
  3. En Nandari bin Mohamad (Guru Besar Sek. Keb. Bdr Penawar I)
  4. En Nordin bin Ali (Pembantu Kesihatan Klinik Kesihatan Sg. Rengit)
  5. Hjh Sumini bt Mat Lahir (Pengurus Pelancongan, KEJORA)
  6. En Suriadi bin Abd Jalal (Pengurus Peladang Kaw. Pengerang)
  7. En Yahya bin Gono (Pengurus Peladang Kaw. Caw. Bdr Penawar)
  8. En Amram bin Embong (Pengurus Perniagaan Tani Peladang Pengerang)
  9. Cik Noormarina bt A.Rahman (Kerani Peladang Pengerang Caw. Bdr Penawar)
  10. Cik Nadiatul Nurfaini bt A.Rahim (Penyelia USP-MCMC)
  11. Pn Rosnita bt Bachok (Pembantu Perpustakaan Awam Johor Caw. Bdr Penawar)
  12. Pn Siti Hawa bt Omar (Pembantu Perpustakaan Awam Johor Caw. Bdr Penawar)
  13. Tn Hj Roslan bin Salimin (Ketua Stesen RISDA Caw. Bdr Penawar)
  14. En Mohamad Fauzan bin Mohamed Sani (Pembantu Pertanian RISDA)

JURUJUAL (SALESMAN) KUS PID BDR PENAWAR :

~ Individu yang berpengalaman/berpengetahuan & pandai menggunakan pengetahuan beliau untuk mempengaruhi & memujuk individu lain.

  1. Pn Siti Hawati bt Tasmon (Agen Jualan Langsung AVON)
  2. Pn Fadilah bt Mansor (Agen Jualan Langsung Zhulian)
  3. Norazuein bt Sadakatullah (Jurujual Pasaraya KINI)
  4. Pn Rohaya bt Nasron (Usahawan, guru ngaji & jurulatih asas jahitan)
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar

- Lawatan ke tapak projek ahli KUS & kutipan dana


- Lawatan permis usahawan & kutipan dana KUS


- Aktiviti mengenal komuniti (peta desa)


- Taklimat promosi KUS

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang penubuhan Kelab Usahawan Sosial PID Bdr Penawar :

  1. Promosi KUS kepada Usahawan, Petani & Komuniti
  2. Mesyuarat Penubuhan KUS pada 27.06.08
  3. Lawatan ke permis/tapak projek Usahawan & kutipan dana/tabung KUS
  4. Aktiviti mengenal komuniti (peta desa)
  5. Lawatan & Taklimat KUS kepada komuniti oleh Warisan Global Sdn. Bhd.
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar

  • Unit Jawatankuasa KUS Bdr Penawar adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PID Bdr Penawar sendiri dan sebahagian penyertaan dari kalangan usahawan tempatan dan recruit (penghubung, jurulatih, jurujual) yang mengerakkan perjalanan kelab usahawan sosial ini.
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
T-SHIRT KELAB USAHAWAN SOSIAL BDR PENAWAR


- Bahagian hadapan

- Bahagian belakang

  • Kelab Usahawan Sosial Bdr Penawar telah menyediakan t-shirt bagi semua ahli iaitu sebanyak RM 20.00 untuk promosi sepanjang November sehingga Disember 2008.

  • T-shirt ini akan digunakan ketika mengadakan aktiviti KUS pada masa akan datang dan sebagai identiti ahli Kelab Usahawan Sosial Bdr Penawar.
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
PENGENALAN KUS
  • Kelab Usahawan Sosial (KUS) Bandar Penawar adalah sebuah kelab di bawah kelolaan, tanggungjawab dan sokongan Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar. Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersial dan sosial.

  • Tarikh penubuhan Kelab Usahawan Sosial Bandar Penawar adalah pada 27hb Jun 2008.

  • Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 setahun dan RM 20.00 untuk t-shirt kelab KUS.
OBJEKTIF KUS
  • Sebagai landasan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial ;
  • Untuk melahirkan usahawan - usahawan baru termasuk usahawan sosial ; dan
  • Membantu komuniti meningkatkan taraf hidup mereka.

FAEDAH KUS

  • Rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana ;
  • Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama Kelab Usahawan Sosial dari 40 PID seluruh Malaysia ;
  • Mendapat diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID ; dan
  • Mengiklankan produk dan meningkatkan pendapatan melalui e-kedai, blog, facebook dan lain-lain.

KEUNTUNGAN KUS KEPADA KOMUNITI/AHLI?

  • Peluang pekerjaan (terutama kepada belia/lepasan sekolah/IPT yang menganggur) ;
  • Perkongsian pengalaman dari usahawan yang berjaya ;
  • Meningkatkan taraf hidup & pendapatan sara diri ;
  • Pendedahan untuk menjana kewangan personal ;
  • Mencari/mendapatkan maklumat yang diingini ;
  • Mengembangkan ilmu & maklumat kepada lebih ramai komuniti ; dan
  • Mewujudkan jaringan perniagaan global/international.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI KUS ?

1) Pengguna PID (16 tahun ke atas) :

  • Termasuk Ahli Kelab Koperasi Sekolah

2) Usahawan sedia ada

3) Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersial & usahawan sosial :

  • Belia
  • Pesara
  • Tidak Bekerja

4) Ahli-ahli dari badan sukarelawan/wati :

  • Persatuan Ibu Tunggal
  • Persatuan Belia & Rakan Muda
  • Persatuan OKU (Orang Kurang Upaya)
  • Pertubuhan-pertubuhan lain, NGO
  • Persatuan Rela
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Taklimat/lawatan & penerangan KUS oleh pihak Warisan Global Sdn. Bhd.



- Bergambar beramai-ramai


- Perkongsian idea oleh Pak Long (En Suradi b Keromo) usahawan ternakan ikan sangkar


- Perkongsian idea dan pengalaman En Abd Samad, Usahawan Teh Misai Kucing


- Aktiviti "hign tension cable"


-Taklimat halatuju & tujuan penubuhan KUS


- Kehadiran peserta (usahawan, belia & AJK)


- Taklimat oleh Pn Laila, Warisan Global

Taklimat/lawatan & penerangan KUS oleh pihak Warisan Global Sdn. Bhd.

Tarikh : 16.10.2008 (Khamis)

Masa : 8:30 pagi - 12.30 tghari

Tempat : Pejabat Peladang Kawasan Cawangan Bandar Penawar

Kehadiran :

AJK PID/KUS = 8 orang
Usahawan = 30 orang
Surirumah = 2 orang
Belia = 6 orang
JUMLAH = 46 orang


Agenda Program :
8:00 pg - Kehadiran ahli KUS, peserta taklimat
8:30 pg - Ketibaan pihak Warisan Global Sdn. Bhd.
8:45 pg - Bacaan doa
9:00 pg - Ucapan & talimat oleh pihak WG
: Pn Asfalaila bt Abu Bakar, Head of Community
9:30 pg - Penerangan ringkas mengenai PID & laman web
10:00 pg - Aktiviti bersama komuniti "high tension cable"
10:30 pg - Sesi bergambar beramai-ramai
10:45 pg - Jamuan ringkas
11:30 pg - Lawatan ke tapak projek usahawan peladang & ahli KUS
: En Md Fansuri bin Abd Shukor, Usahawan Tanaman Sayur-sayuran
01:00 ptg - Bersurai
|