Pusat Internet Desa Bandar Penawar
PID Bandar Penawar telah memenangi 2 pertandingan untuk aktiviti November 2009 iaitu :
1) Pertandingan PID Grassroots Entrepreneurship Challenge '09
2) Pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT


Bagi pertandingan pertama PID Bandar Penawar telah menerima RM 1, 500.00 bagi melaksanakan 10 aktiviti bertemakan keusahawanan.

Bagi pertandingan kedua, PID Bandar Penawar telah menerima RM 10, 000.00 bagi melaksanakan Bengkel ICT (penglibatan peserta sekurang-kurangnya 30 orang) dan Karnival Usahawan & ICT yang melibatkan aktiviti bertemakan ICT, sukan dan sebagainya dan penglibatan peserta seramai 150 orang.

Gambar di atas adalah pengumuman pemenang telecenter yang bertanding bagi pertandingan mencipta konsep & melaksana karnival usahawan & ICT 2009

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Satu pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT telah dianjurkan oleh MDEC-MSC sempena Minggu Keusahawanan Global (GEW).

Tarikh Tutup penyertaan : 16 Oktober 2009 (Jumaat)

PID Bandar Penawar telah menghantar pencalonan untuk pertandingan tersebut. Berikut di bawah adalah maklumat lanjut berkenaan program tersebut.

Pengisian Program :
Hari 1 : Bengkel ICT (penyertaan lebih 30 peserta)
- Membina Blog
- Mencipta Video/DST
- Merekacipta Poster
Hari 2 : Karnival (penyertaan lebih 150 peserta)
- Pameran produk/kegiatan usahawan
- Pembangunan & pertandingan
- Permainan, sukan, kuiz & sebagainya


~ Gambar di atas adalah Poster dan Aliran Perjalanan Program Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Alhamdulillah.. PID Bandar Penawar & Kelab Usahawan Sosial Bandar Penawar telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil-Fitri pada 14.10.2009 di Perkarangan PID a.k.a Pos Malaysia Bdr Penawar sempena Mesyuarat Agong AJK PID Bdr Penawar thn 2009.

Terima kasih diucapkan kepada ahli KUSPID BPenawar iaitu Pn. Sabariah bt Musa atas sumbangan dan jasa menyediakan juadah istimewa ketupat, ayam masak merah, mee hoon goreng, mee udang, kueh dan pelbagai juadah yang lain. Terima kasih juga kepada para jemputan yang hadir memeriahkan majlis serta kerjasama semua AJK PID Bandar Penawar. Semoga majlis ini dapat mengeratkan tali silaturahim & kerjasama antara semua pihak. Insya-Allah.

Gambar sekitar majlis :~~



Juadah IStimewa dari Safa Food Company

Gambar 1; Sumbangan duit raya...
Gambar 2; Penyelia & AJK KUSPID
Gambar 3; Penyelia PID bersama Pengurus Peladang En Suriadi & ahli lembaga jemaah PPK Tn. Hj. Abd. Kadir


Gambar 1; Kakitangan SafaFood COmpany, Cik Pn Sabariah (kanan)
Gambar 2; Penolong Penyelia bersama k/tgn perpustakaan & k/tgn klinik kesihatan
Gambar 3; Juadah yang disediakan



Tetamu yang hadir, En Fansuri (usahawan KUSPID)-gambar 1 &
gambar 2 kumpulan kakitangan TNB Bandar Penawar serta
gambar 3 ahli KUSPID Bdr Penawar


Tetamu yang hadir; usahawan & ahli kelab PID Bdr Penawar

~Semoga Berjumpa lagi~
"Salam AidilFitri Maaf Zahir & Batin" - dr wargakerja PID Bdr Penawar :)

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 52 Peringkat Daerah Kecil Pengerang telah diadakan pada 03 September 2009 bertempat di Dataran Penawar-Desaru yang dihadiri oleh badan-badan kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan pertubuhan-pertubuhan.

Aturcara telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dimana perhimpunan telah dikawalselia oleh pasukan Tentera Darat Tg. Pengelih Pengerang. PID Bandar Penawar menyertai sambutan tersebut dan berbaris bersama kontijen POS Malaysia Bhd. Semoga program ini dapat membangkitkan semangat kemerdekaan pada setiap diri individu. Merdeka!!

Berikut adalah kandid sepanjang program dijalankan:



Gambar 1 : Barisan DIP Kehormat...YB Haron, YB Hamimah & Pengarah KEJORA Bdr Penawar
Gambar 2 : Wakil POS Malaysia menerima cenderamata dari Pejabat Daerah Kota Tinggi
Gambar 3 : Ucapan sempena kemerdekaan oleh Tn. Hj. Norizan B. Kulob, Pegawai Daerah Kota Tinggi


Gambar 1 : Penolong Pengurus bersama Pengurus Cawangan Pos Malaysia Pn Norashikin Sulaiman
Gambar 2 : Perbarisan wakil PPK Pengerang, Pengurus PPK En Suriadi, Pengurus PID & Pengurus Pos Malaysia Cawangan Bdr Penawar
|