Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 22.11.2009 (Ahad)
Masa : 08.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Tapak karnival Tanjung Balau

Pameran, Jualan & Pertandingan ICT di Booth PID :
- Aktiviti yang dijalankan oleh PID Bandar Penawar & PID Labis :

~ Pertandingan Mewarna PID Malaysia
~ Pertandingan Mewarna Berkomputer
~ Pertandingan Crossword Berkomputer
~ Pertandingan Puzzle Berkomputer
~ Pertandingan Teka Kacang

PENGISIAN : Pertandingan mewarna poster PID yang dijalankan di Karnival Muzium yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat serta kreativiti.

Berikut adalah senarai nama pemenang:
1) Nurfatiha binti Nasran
2) Nurul Az-Zahrah binti Abd Jamal

3) Irra Nur Shahira


Hadiah Saguhati :
1) Khairul Hakim Kamal

2) Nurul Amira Shahira

3) Qurratu Aqilah Nursyahira
4) Nurul ain Nadiah biti Md Khair

5) Nuru Alya Najwa binti Md Khair


**Gambar-gambar sepanjang program:-**


Tempat Pertama


Tempat Kedua dan Ketiga





PENGISIAN : Pertandingan Mewarna Berkomputer di Booth PID

Pemenang pertandingan : 1) Nurul Ain Nadiah binti Md Khair 2) Nurul Alya Najwa Md Khair 3) Nor Nabihah Ahmad Ariff
Hadiah disampaikan oleh TN.HJ.Abu Bakar Bin HJ.Othman, Naib Pengerusi PID Bandar Penawar pada jam 4.30 petang




Lukisan para pemenang

PENGISIAN : Pertandingan Crossword Berkomputer
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua adik-adik yang berkunjung ke tapak pameran PID. Memandangkan jumlah komputer riba yang tidak mencukupi, pertandingan ini telah dijalankan bergilir-gilir iaitu 4 orang peserta bertanding kemudian diikuti oleh 4 orang peserta yang seterusnya dan sehingga bilangan peserta berjaya menyiapkan crossword tersebut. Pemenang dinilai berdasarkan jumlah masa (saat) yang dikumpul oleh peserta. Jumlah masa yang pendek dia lah pemenangnya!! Syabas kepada yang berjaya!.


ATURGAMBAR


CROSSWORD





PENGISIAN : Pertandingan Teka Kacang Dalam Balang

~ Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. Borang pertandingan adalah sebanyak 20 sen bagi sesiapa yang berminat untuk meneka.. Teka! jangan tak teka ('',)

Jumlah Kacang : 133


Tempat Pertama : En.Omar Bakar


Tempat Kedua : Misridin


Tempat Ketiga : Muhamad Faziz Syuaihan

~ Hadiah telah disampaikan oleh Pengurus PID Labis

*** Ehsan dari blog KUSPID Labis***


AKTIVITI : Lawatan YB Pn Hamimah bt Mansor

PENGISIAN : YB dijemput untuk menandatangani 'plug' PID yang menandakan beliau telah melawat 'booth' PID pada hari kejadian. Seterusnya majlis berlangsung dengan penyerahan cenderamata dari PID sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga berjumpa lagi dan dapat menaja program PID seterusnya... (**,)


TANDATANGAN 'PLUG'


SELESAI TANDATANGAN


PEMBERIAN CENDERAMATA


GAMBAR BERAMAI-RAMAI

**Semoga Tahun Depan Kita Berkarnival Lagi!**
|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 22.11.09 (Ahad)
Tempat : Booth PID Bandar Penawar
Masa : 10.30 pagi hingga 11.00 pagi

Program : Perasmian penutupan GEW 2009 bagi seluruh PID Malaysia

Penerangan program : Bertempat di perkarangan tapak karnival Tanjung Balau telah berlangsungnya satu Majlis Perasmian Penutupan Minggu Keusahawanan Sosial 2009 bagi seluruh Malaysia. Bermula pada jam 10.30 pagi majlis telah berlangsung dengan meriah sekali dengan dihadiri oleh ahli jawatankuasa PID Bandar Penawar, pihak MSC Malaysia, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Warisan Global Sdn. Bhd dan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung karnival GEW 2009.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pn Siti Norhaliza bt Abdul Rahim , fasilitator Schoolnet dari Sekolah Menengah Tun Habab Kota Tinggi selaku AJK Program dan seterusnya dimulakan dengan bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Tn. Hj. Ahmad bin Sonkerim, Imam Masjid As-Syiffa Bandar Penawar merangkap Ahli Jawatan Kuasa Sektor Agama PID Bandar Penawar.



Pengerusi Majlis Pn Siti Norhaliza bt Abdul Rahim
Fasilitator Schoolnet Sek. Men. Tun Habab Kota Tinggi

Selaku AJK Program




Bacaan Doa pembukaan oleh Ustaz Tn Hj Ahmad bin Sonkerim
Imam Masjid As-Syiffa Bandar Penawar


Memohon kerberkatan dari Allah S.W.T
Semoga majlis berjalan dengan lancar


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan pembukaan oleh En Kamal bin Abd Hamid selaku Pengerusi unit jawatankuasa PID Bandar Penawar. Dalam ucapan beliau berkata PID harus bergerak seiring dengan keadaan sosial dimana keusahawanan menjadi pemankin pembangunan negara pada masa kini dan PID berperanan menjadi agen kepada masyarakat dengan membantu komuniti memperluaskan cabang keusahawanan seperti mengajar usahawan membina laman web produk, membantu usahawan mempromosikan produk melalui internet dan memberi pendedahan mengenai ICT kepada usahawan dalam menyahut cabaran dalam bidang keusahawanan. Selain membantu masyarakat PID juga harus membuka lembaran baru bagi memantapkan perkhidmatan samaada dalam bentuk pendidikan ICT malahan dalam bentuk sosial dan kemasyarakatan. Beliau juga menyarankan agar PID bergabung dengan pelbagai pihak seperti jabatan-jabatan kerajaan, jabatan sosial bagi mewujudkan jalinan usahasama untuk sama-sama membantu dan menaikkan komuniti setempat.


En Kamal bin Abd Hamid


Ucapan oleh wakil PID iaitu En Kamal bin Abd Hamid
Pengerusi Unit Jawatankuasa PID Bandar Penawar


Ucapan Pengerusi PID mengenai Kelab Usahawan Sosial
Dari kiri En Mohd Al-Khafiz, En Khairilbasyar dan En Kamal


Terima kasih diucapkan kepada En Kamal bin Abd Hamid atas ucapan beliau. Walaupun beliau tidak sihat sepenuhnya, tetapi beliau sanggup turun padang bersama-sama semua pihak terlibat menjayakan majlis tersebut dari awal persiapan sehingga ke hari berlangsungnya majlis penutupan ini. PID mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau selama 5 tahun PID Bandar Penawar bertapak (2004-2009), beliau masih utuh dan mempertahankan jawatan nya di unit jawatankuasa PID Bandar Penawar dan bersama-sama meningkatkan prestasi PID Bandar Penawar. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau.

Majlis seterusnya mempersilakan En Khairilbasyar bin Ruslan selaki wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (sektor komunikasi) merakamkan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Minggu Keusahawanan Sosial bagi tahun 2009 yang turut diadakan di semua PID seluruh Malaysia. Semoga semua PID di seluruh Malaysia terus berkhidmat dengan cemerlang dan berusaha bersama-sama membantu komuniti dan menaikkan taraf hidup mereka dengan teknologi-teknologi dan ilmu-ilmu ICT yang boleh dipelajari di PID Malaysia. Tidak ketinggalan terima kasih diucapkan kepada pihak KPKK kerana terus memberi peluang kepada semua pengurus dan penolong pengurus untuk berkhidmat di PID.



Ucapan disampaikan oleh En Khairilbasyar bin Ruslan
Wakil KPKK



"Dengan lafaz Bismillah...Saya merasmikan penutupan Minggu Keusahawanan Sosial 2009"


Upacara penutup Minggu Keusahawanan Global 2009
Potong Pulut Kuning

Dari kiri; Pengurus dan penolong PID, En Azul-Warisan Global, En Mohd Al-Khafiz-MSC Malaysia, En Khairilbasyar-KPKK, En Kamal-Pengerusi PID BP, Tn Hj Abu Bakar-Timbalan Pengerusi PID BP


Perasmian Penutupan Minggu Keusahawanan Sosial 2009
Mari kita potonggg......!!



Simbolik Perasmian Penutupan Minggu GEW 2009


Pulut Kuning GEW 2009


Penyampaian cenderamata kenangan dari PID


Cenderamata kenangan buat En Khafiz dari PID Bandar Penawar


En Khafiz & En Khairilbasyar


Gambar beramai-ramai


1 Malaysia!
Bersama unit jawatankuasa PID, pihak MSC, pihak Warisan Global, PID Bdr Penawar & PID Labis dan Schoolnet...


1 Malaysia!!


Selesai Majlis...


PID Best..!!


Pengunjung yang mendengar ucapan perasmian


Bersama-sama memeriahkan majlis..Terima kasih semua..

***Just Candid***


Peacee....!!


Pelbagai gaya..


Ini Kami..!!!
PID Bandar Penawar, PID Labis, Warisan Global, KPKK, Unit J/Kuasa PID

***Semoga Berjumpa Lagi di Minggu Keusahawanan Sosial akan datang!!***
SELAMAT MAJU JAYA....!!!
|