Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Cyberjaya - 8 Februari 2010 : Majlis penutup Karnival Usahawan & ICT 2009 yang telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) menandakan satu lembaran baru kepada lebih banyak usaha konstruktif dalam merapatkan jurang digital dan mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Pemenang pertandingan Karnival U & I

Tahniah kepada pemenang Karnival Usahawan & ICT :

Tempat Pertama : Medan Infodesa (MID) Felda Jerangau, Terengganu
Tempat Kedua : Pusat Internet Desa ITU-UUM Bukit Kayu Hitam, Kedah
Tempat Ketiga : Pusat Internet Komuniti (P1) Chini Timur, Pahang
Saguhati (Lokasi Terbaik) : Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar, Johor
Saguhati (Persembahan Terbaik) : Pusat Jalur Lebar Komuniti Lonek, Negeri Sembilan
Saguhati (Gimik Terbaik) : Kedai DotCom Haji Taib Kuala Kurau, Perak


Wakil PID Bandar Penawar

Hadiah Saguhati


Sijil Penyertaan

** Semoga lebih ramai lagi usahawan yang dapat menggunakan ICT sebagai medan memperkembangkan produk pasaran mereka ke peringkat lebih global. dan semoga jurang digital juga dapat dihapuskan dalam era Malaysia mencapai kecemerlangan seiring dgn perkembangan komuniti yang berdaya saing dan maju**

** Pusat Telecenter juga memainkan peranan yg penting untuk membawa sama-sama komuniti mempelajar ICT dan bersama-sama berusaha meningkatkan martabat komuniti dlm ilmu ICT**



|