Pusat Internet Desa Bandar Penawar

Sijil Penyertaan


Hadiah Pemenang


Objektif Program adalah untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan penduduk luar bandar disamping melahirkan usahawan baru dan memberi peluang kepada PID untuk mengenali usahawan setempat. Ia juga merupakan suatu inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dalam mengalakkan penggunaan ICT di dalam kehidupan harian terutamanya para usahawan.

Tahniah Kepada 3 PID yang berjaya mengimplementasi Karnival Usahawan Sosial bagi tahun 2009 iaitu :

Pertama : PID Bandar Penawar
Blog : http://kuspidbdrpenawar.blogspot.com

Kedua : PID Labis
Blog : http://kuslabis.blogspot.com/search/label/pid fair 2009

Ketiga : PID Sri Medan
Blog : http://kuspidsrimedan.blogspot.com

Kriteria Pemilihan :
- Laporan/blog melaporkan setiap aktiviti, gambar, video, pautan ke minisite dan aplikasi tambahan
- Jumlah aktiviti keusahawanan yang dijalankan dan mengikut tema yang ditetapkan
- Bahan promosi dan liputan media yang digunakan
- Tahap penglibatan penganjur, rakan usahasama dan komuniti terlibat

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar



Tempat : The Legend Resort, Cherating Pahang Tarikh : 5-7 Mac 2010

Objektif Program :
1) Membincangkan serta mengadakan sesi percambahan fikiran (brainstorming session) berkenaan halatuju PID selepas 2010

2) Merancangkan program-program yang perlu dan menambahnilai (value added) terhadap program-program sedia ada bagi meningkatkan Quality of Service di PID dengan berorientasikan kelestarian PID (PID Sustainability)

3) Mengadakan percambahan fikiran (brainstorming) serta mengemaskini skop kerja Pengurus/Penolong Pengurus PID memandangkan tranformasi perkhidmatan di PID yang semakin mencabar.

4) Mengadakan taklimat dan pendedahan terhadap penggunaan pekeliling perkhidmatan kerajaan serta Core Business KPKK kepada Pengurus/Penolong Pengurus PID.



|