Pusat Internet Desa Bandar Penawar

Terdapat 6 usahawan yang telah berdaftar di Portal PID dan mempromosikan produk mereka di e-Kedai sepanjang bengkel ICT dijalankan. Bengkel ini telah diadakan seminggu bermula 29.06.10 hingga 10.07.10. Antara usahawan yang berjaya mendaftar di portal & mempromosikan produk di e-Kedai iaitu :

  • Pn Ramlah bt A.Rahman ~ Syarikat Ramlah (menjual pelbagai baju batik, tempahan t-shirt, baju korporat, jualan aksesori wanita - beg tangan, kerongsang, tudung)
  • En Mad Amin b Hashim ~ Amin Roselle (kordial, jus, jem, teh, halwa, serbuk perasa)
  • Pn Rozana bt Mohd Nawi ~ Ross Timur Enterprise (teh misai kucing & kordial seri rapat)
  • En Alwee b Mahdi ~ Alwee Al-Haj Sdn. Bhd. (pakej umrah dan haji)
  • Pn Hjh Toyemah bt Hj Amen ~ Kraff GPW (kraftangan surat khabar)
  • Pn Rohaya bt Nasron ~ Araas Production (Tempahan jahitan - baju kurung, melayu, kebaya/fesyen, langsir, sarung kusyen)

e-Kedai yang telah berjaya ditubuhkan di Portal PID Malaysia :

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar

Pada 29.06.10 (Selasa) hingga 10.06.10 (Sabtu) telah diadakan Minggu Bengkel ICT anjuran PID Bandar Penawar. Pelbagai aktivit telah diadakan sepanjang minggu ini antaranya:

  • Bengkel Mencipta Pamplet
  • Blog Digital
  • Portal PID - Pendaftaran e-kedai
  • Facebook
  • Grafik Digital & Video (Youtube)
  • Bengkel Digital Story Telling
  • Email

Antara peserta yang menyertai bengkel ICT ialah:

  • Nurhidaya bt Ithnin
  • Anarita bt Amat Yasin
  • Md Isa b Mohamed Yasin
  • Md Noor Fauzul b Sarimin
  • Kamal b Abdul Hamid
  • Fatimah bt Asyrabi
  • Mohd Hafiz
  • Midar b Jumilah
  • Safarizan bt Saat
  • Humira bt Omar
  • Asmawi b Samian
  • Mimi bt Abd Wahab

Gambar aktiviti:


Bengkel Video (Youtube), email & DST


Bengkel Pamplet Digital


Bengkel Facebook & Portal















Bengkel E-Mail & Facebook


|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Beberapa prgram telah dirangka sepanjang Karnival Keusahawanan Sosial di PID Bandar Penawar dan semoga program ini dapat membantu usahawan dan komuniti dalam memperkasakan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Aktiviti PID Bandar Penawar sempena KKS 2010

|
Pusat Internet Desa Bandar Penawar


Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) 2010 adalah program tahunan ke-3 yang dilaksanakan oleh PID seluruh Malaysia. Pada tahun ini 3 program akan dilaksanakan oleh semua PID iaitu

1) Bengkel Portal PID
- untuk melatih komuniti dalam penggunaan portal pid.net.my
- jangkamasa bengkel selama seminggu
- terbuka kepada ahli KUSPID, usahawan dan orang ramai
- untuk menggalakkan lebih ramai komuniti mengambil manfaat menerusi portal yang telah dibangunkan.
- membuka peluang kepada usahawan kecil untuk membuka perkhidmatan e-kedai bagi mempromosi produk dan perkhidmatan.

2) Mini Ekspo
- 2 hari sekurang-kurangnya
- melibatkan ahli KUSPID, usahawan dan komuniti
- boleh merangkumi pelbagai aktiviti seperti bengkel latihan ICT dan aktiviti keusahawanan seperti pameran dan jualan produk oleh ahli KUSPID

3) e-Karnival
- kempen jual beli secara online
- dijalankan selama sebulan
- aktiviti berteraskan ICT

|