Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Alhamdulillah, bertempat di Stadium Bandar Penawar Johor telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 peringkat Daerah Kecil Pengerang pada 2.9.2010 (Khamis).

Lebih 24 kontijen telah mengambil bahagian termasuk lah wakil Jabatan dari Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar Johor.

Acara telah bermula pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh wakil rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi iaitu En Zainoh bin Hadani.

Aturcara Majlis:

8.00 pagi - Ketibaan Dip Terhormat (YB, wakil2 ketua jabatan, peserta perbarisan)
8.10 pagi - Perarakan Perbarisan 24 kontijen Peringkat Pengerang
8.25 pagi - Bacaan Doa oleh Ustaz Hj Ahmad bin Sonkerim, Imam Masjid As-Syifa Bdr Penawar
8.30 pagi - Nyanyian Lagu Patriotik (Negaraku, 1 Malaysia)
8.40 pagi - Ucapan Amanat Kemerdekaan oleh wakil rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi
8.50 pagi - Perasmian dan simbolik perasmian melepaskan burung merpati 53 ekor
9.00 pagi - Penyampaian Cenderamata Wakil Kontijen
9.10 pagi - Bersurai

Hadiah Sepanduk Terbaik:
Pertama : Peladang Pengerang
Kedua : Kg SUngai Kapal Pengerang
Ketiga : Felda Semenchu

Hadiah Pakaian Terbaik :
Pertama : Sek. Men. Keb. Bandar Penawar
KEdua : Felda Sening
Ketiga : Felda Adela

Saksikan Gambar-gambar sepanjang Majlis:


Penolong Pengurus

Simbolik Kemerdekaan Pelepasan Burung Merpati 53 ekor

Cenderamata Kontijen yang mengambil bahagian (wakil jabatan PID Bandar Penawar)

Tapak Perbarisan

Barisan Kontijen

Mendengar Ucapan Wakil Rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi


Perarakan kontijen-kontijen

Sebelum Perarakan bermula
Stadium Sukan Bandar Penawar





|