Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Gambar para pemenang Membina Blog Menggunakan Wordpress
Sempena Program 'Y Blog'
pada 21 Julai 2011
bertempat di Kolej Komuniti Bandar Penawar

Tempat Pertama :







http://paezchinbay.wordpress.com

Blognya berkisarkan tentang jualan produk perlangsingan badan dan pautan ke laman web rakan muda. Pengguna boleh terus membuat belian produk terus melalui blog ini. Satu contoh laman web yang baik kerana 'simple', lengkap dan mudah untuk dilayari.

Tempat Kedua :







http://sibungaazlina.wordpress.com

Blog ini menceritakan mengenai Remaja dan Islam serta fakta-fakta dan Hadith yang harus diteladani remaja masa kini dalam meniti arus kehidupan. Jauhi zina dan gejala yang merosakkan akhlak. Blog ini juga menyelitkan fakta berkaitan kehidupan manusia yang seharusnya berlandaskan syariat Islam. Blog ini juga contoh blog yang baik kerana memimpin remaja yang lalai ke jalan yang benar. Dan ternyata pemilik blog ini juga akan mendapat saham nya di akhirat kelak (pahala) apabila ramai yang membaca dan mengikuti blog ini.

Tempat Ketiga :







http://ezzahmohsin.wordpress.com

Blog ini menyediakan perkhidmatan menjual kek. Samaada kek untuk Majis Perkahwinan, Hari Jadi, Hari Ibu dan pelbagai hari istimewa untuk diraikan. Anda boleh membuat tempahan dan belian secara online melalui blog ini. Salah satu blog yang baik dan boleh digunakan untuk perniagaan.

Tempat Keempat:





http://fatinnurarina.wordpress.com

Blog ini menceritakan mengenai persahabat di alam remaja. Terdapat juga artikel mengenai ciri-ciri sahabat yang baik, bersahabat dengan al-quran, dan artikel mengenai berhati-hati memilih kawan. Blog ini sangat sesuai kepada para remaja yang masih mencari identiti diri dalam meniti kehidupan.

Ternyata idea yang sangat bernas dapat dilahirkan oleh remaja masa kini yang masih berpegang teguh kepada ajaran Islam dan menitikberatkan Al-Quran sebagai panduan hidup. Sama ada mereka menceburkan diri dalam perniagaan atau sebaliknya kelak, mereka tetap mempunyai idea yang matang dan berpotensi untuk terus dimajukan.
Semoga adik-adik ini semua akan terus berjaya dalam kehidupan dan berjaya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar. Semoga mereka juga terus perpegang teguh kepada pendirian masing-masing dan tidak mudah terpedaya kepada anasir luar.

Doakan mereka.
Amin Ya Robbal'Alamin.