Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 20.11.09 (Jumaat)
Tempat : PID Bandar Penawar

Program : Taklimat Portal Mystar-Portal Pendidikan Online

Masa : 08.30 pagi hingga 9.30 pagi
Penyertaan: 21 pelajar, 1 guru, 5 AJK PID Bdr Penawar

Pengenalan : Portal ini merupakan portal pendidikan yang mengandungi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan sebagainya yang dimiliki oleh syarikat PUNCAKMAS MARKETING SDN. BHD. Pada taklimat tersebut ibu bapa digalakkan menyertai dengan yuran bulanan RM 60 sahaja. Sesuai digunakan untuk kanak-kanak seawal 3-6 tahun, pelajar bakal UPSR, PMR & SPM. Portal ini telah bermula sejak tahun 2008.


Taklimat oleh En ROsli b Sariman


Pn Mimi bt Abd Wahab, guru Tadika Bestari Bandar Penawar mendengar taklimat dari En ROsli


Adik-adik dari Tabika Bestari


'I like singing, i like reading, i like jumppingg....lalalala'


'Kami anak-anak 1 Malaysia!!!'


Have fun!


'Happy together!'


Kedatangan peserta

Kedatangan peserta


Pamplet portal mystar www.mystar-B.com.my

*PAKEJ MYSTAR RM300*
PENDAFTARAN SEUMUR HIDUP SEKALI (SEKELUARGA) RM 100
PORTAL PENDIDIKAN (TOUPUP BULANAN) RM60/=

TOUPUP BULAN PERTAMA RM 60
TOUPUP BULAN KEDUA RM 60
TOUPUP BULAN KETIGA RM60
TOUPUP BULAN KEEMPAT RM 60
JUMLAH RM 240.00

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:-

PUNCAKMAS MARKETING SDN. BHD.
En Rosli Sariman
roslisariman@gmail.com
+6019-742 9045 / +607-217 5953

En Hairul Nizam Jamil
melayujb@streamyx.com
+6013-705 8011 / +607-217 1400
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 19.11.09 (Khamis)
Tempat : Dewan Tanjung Balau
Program : Taklimat SKim Pembiayaan Mikro-i oleh Bank Rakyat & Perkongsian Idea-Secawan Kopi Segunung Ilmu-Usahawan HR Marketing.

Pengisian : Pada sesi taklimat ini, seramai 43 orang usahawan, 4 AJK PID & 2 pegawai bank terlibat menjayakan program ini. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta. Rata-rata kebanyakkan usahawan terdiri dari usahawan IKS, kecil-kecilan dan ada juga yang telah berjaya menjadi usahawan contoh kepada masyarakat. Tidak lupa juga terdapat 2 orang belia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam pertanian dan merupakan usahawan baru.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang Cawangan Bandar Penawar kerana sudi mencurahkan idea dan berkongsi pandangan bersama para peserta.

Terima kasih juga kepada usahawan yang telah berjaya dan berkongsi pendapat serta pandangan dalam mencapai kejayaan iaitu En Mohd Fazli bin Yusof, pengedar HR Marketing yang datang dari Rompin Pahang semata-mata untuk membuka peluang perniagaan kepada ahli baru. Produk yang dipasarkan adalah berasaskan susu kambing yang kini mendapat tempat di hati pengguna rakyat Malaysia.

Sepanjang taklimat & perkongsian maklumat selama 15 minit, terdapat 4 orang ahli baru yang berminat dan telah berdaftar sebagai pengedar produk HR Marketing pada hari tersebut. Tahniah kepada En Mohd Fazli kerana berjaya meyakinkan usahawan lain untuk sama-sama terus berjaya dibawah label HR Marketing.

Tentatif Program :
08.00 - 08.30 pagi ~ Pendaftaran peserta
08.30 - 09.00 pagi ~ Taklimat program dan pengenalan peserta (nama, alamat dan perniagaan yang dijalankan)
09.00 - 09.30 pagi ~ Sesi suai kenal dari Pegawai Bank Rakyat, AJK PID
: En Syed Mohamed Izzar b Syed Ismail
: 26 tahun
: Pegawai Eksekutif Pembiayaan (Mikro-i) dari Bank Rakyat
09.30 - 11.00 pagi ~ Taklimat bermula dan sesi soal jawab
11.00 - 11.25 pagi ~ Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata
11.25 - 11.40 pagi ~ Perkongsian idea (Secawan Kopi Segunung Ilmu) oleh
: En Mohd Fazli bin Yusof, pengedar HR Marketing
: dari Rompin Pahang
11.40 - 12.00 tghari ~ Jamuan tengahari
12.00 - 12.30 t/hari ~ Lawatan Pegawai Bank Rakyat ke Muzium Nelayan & bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti berlangsung:-


Sesi pendaftaran peserta, sedang mengisi kedatangan - Pn Hjh Marganah bt Hj Halimi bersama suaminya Hj Suyut b Miron (baju hijau)


Sesi taklimat berlangsung. Kelihatan Pn Sarpeah bt Malik (tudung & baju kurung kuning) pelajar PID pada sesi 2007 yang kini merupakan seorang usahawan membuat baju wanita (jahitan)


Taklimat disampaikan oleh En Syed Mohamed Izzar bin Syed Ismail bersama orang kanannya iaitu En Mohd Amir (di meja)


Sesi soal jawab dibuka. Kelihatan bersama En Yahya b Gono selaku AJK PID dan pengerusi majlis (berbaju batik biru)


Soalan pertama oleh En Suradi b Keromo (berdiri)


Slot ke-2, perkongsian ilmu oleh En Mohd Fazli bin Yusof dari Rompin Pahang


Pendaftaran ahli baru sebagai pengedar produk HR Marketing, produk berasaskan susu kambing


Penerangan mengenai kebaikan produk susu kambing oleh En Rohizat b Abd Ghani


Penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah oleh En Nizam b Ali, Exco Pemuda UMNO


Penyampaian cabutan nombor bertuah oleh En Syed Izzar kepada En Md Noor Fauzul


Penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh Tn Hj Abd Razak b Hj Budu selaku penasihat KUS PID Bandar Penawar, diiringi oleh En Yahya b Gono, penolong & pengurus PID


Jamuan tengahari disediakan oleh ahli KUSPID iaitu En Md Noor Fauzul


Gambar beramai-ramai


Usahawan 1 Malaysia........!!


Bergambar di luar Muzium Nelayan setelah selesai taklimat


Kedatangan peserta


Kedatangan peserta



Kedatangan peserta

Soalan yang dikemukakan oleh peserta:-

1) Hj Hood bin Wahab : Saya adalah ahli Bank Rakyat & tidak tahu kesudahan saham saya sebagai ahli samaada boleh ditambah saham tersebut atau dijual, tetapi tidak mendapat apa-apa dividen

Jawapan : Saham/dividen Bank Rakyat adalah saham paling tinggi antara Bank-bank yang lain dan dividen dibayar mengikut kerajaan (kapital)

2) Hj Suyut bin Miron : Bolehkah peminjam yang mempunyai banyak load dengan bank lain membuat pinjaman mikro-i ini?

Jawapan : Boleh. Dengan syarat bayaran untuk semua pinjaman setiap bulan adalah teratur dan tidak bermasalah.

3) Pn Haniza bt Abu Talib : Bolehkah peminjam berkumpulan 5 orang yang dinyatakan terdiri dari adik-beradik, saudara mara atau suami?

Jawapan : Pinjaman mikro-i yang diberikan adalah secara berkumpulan iaitu 1 kumpulan mempunyai 5 penama & 5 syarikat yang berlainan. Setiap ahli kumpulan harus mempunyai sijil pendaftaran syarikat iaitu sijil SSM dan bank statement sebagai bukti wujudnya urusniaga dan wujudnya perniagaan. Tetapi syarat yang tidak dibolehkan ialah tidak boleh ada adik beradik, keluarga atau saudara mara dalam kumpulan peminjam tersebut.

4) Pn Sabariah bt Musa : Bolehkah tanah pusaka digadaikan untuk dijadikan loan?

Jawapan : Tanah pusaka dan yang seumpamanya tidak boleh digadaikan.

5) En Suriadi b Keromo : Kekurangan modal dan tidak dapat bayar loan dan kurang modal pusingan.

Jawapan : Buat semula penjadualan bayaran balik pinjaman.

6) Hj ALwee b Mahdi : Bolehkah bank menyediakan atau mencari ahli lain untuk mencukupkan 5 penama dalam 1 kumpulan? Kerana kebanyakkan peminjam berkemungkinan tidak dapat mencari ahli bagi mencukupkan forum.

Jawapan : Bank boleh mencari ahli lain tanpa masalah. Hanya perlu diingatkan penjamin adalah lebih bermasalah kepada peminjam berbanding ahli kumpulan kerana sekiranya peminjam tidak membayar semula wang pinjaman, penjamin akan blacklist dan tidak kena pada ahli kumpulan yang lain)

7) CIk Dewi AIshah bt Mohd Said : Berapakah tempoh dokumen diproses?

Jawapan : Satu minggu dari tarikh serahan dokumen.

~ Sekian. ALhamdulillah terdapat 3 orang ahli akan membuka perniagaan mereka melalui skim pinjaman mikro-i ini. Insya-Allah!~
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 18.11.09 (Rabu)
Tempat : Sek. Keb. Bandar Penawar 2
Program : Bengkel DST (Digital Story Telling) pelajar Tahun 5
Penyertaan : 24 orang pelajar Tahun 5, 13 orang fasilitator, 1 AJK PID Bdr Penawar

Penerangan Program : Bengkel ini adalah sesi ke 3 bagi semua fasilitator dan dilaksanakan pada pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Bandar Penawar 2 atas kerjasama guru-guru dan semua yang terlibat. Pada sesi ini, seramai 24 pelajar menyertai dan diiringi oleh seorang guru.

Tentatif program:
08.00 - 08.30 pagi : Pendaftaran pelajar dan pembahagian kumpulan (6 kumpulan)
08.30 - 10.00 pagi : Taklimat dan penyediaan 'story board'
10.00 - 10.30 pagi : Rehat
10.30 - 12.00 t/h : Penyediaan DST menggunakan software Photo Story
12.00 - 12.30 t/h : Bertolak ke Muzium Nelayan
12.30 - 01.30 t/h : Rehat/SOlat/Makan Tengahari
01.30 - 02.30 ptg : Kuiz Muzium
02.30 - 03.00 ptg : Penyampaian hadiah
03.00 - 03.30 ptg : Bertolak ke Sekolah

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung:-


'Storyboard' yang dihasilkan oleh para pelajar


Bekerja dalam kumpulan


Perkongsian idea


Bergambar dalam kumpulan


Gambar ramai


Kedatangan pelajar


Kedatangan pelajar


Ketadangan fasilitator
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 17.11.09 (Selasa)
Tempat : Dewan Tanjung Balau
Program : Taklimat Pendaftaran Syarikat Usahawan Baru oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Johor Bahru

Tentatif program:
8.00 pagi - Pendaftaran para peserta (usahawan, belia)

8.30 pagi - Ucapan Pengenalan oleh:

: En Yahya bin Gono, selaku Pengerusi Majlis

: En Mohd Firdaus, Pengurus PID Bdr Penawar
: En Abdul Kadir, Ahli Lembaga Jemaah Pertubuhan Peladang
: Pengenalan diri peserta (nama & perniagaan yang dijalankan)

10.00 pagi - Taklimat bermula oleh

: Pn Melia bt Embung, 35 tahun
: Menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di SSM

: Pemegang Ijazah Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

11.30 pagi - Taklimat selesai

11.40 pagi - Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata

12.00 t/h - Sesi bergambar

12.15 t/h - Jamuan & bersurai

Topik yang dibentangkan:-
~ Pengenalan tentang syarikat ROB & ROC
~ Jenis-jenis syarikat yang boleh berdaftar dan tidak bol
eh berdaftar
~ Jenis-jenis sijil SSM & fungsinya iaitu sebagai bahan bukti adanya syarikat dan sijil SSM boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman bagi modal perniagaan dan sebagainya
~ Pengenalan mengenai ciri-ciri syarikat, unit-unit SSM dan fungsinya

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta:-

1) Tn Hj Hood bin Hj Abd Wahab bertanya-Perniagaan ya
ng bercirikan pusat hiburan seperti pusat karaoke dan perniagaan bercirikan pusat pendidikan adakah perlu lesen SSM?

Jawapan: Perlu mendapatkan lesen hiburan (karaoke) & mendapatkan surat dari Jabatan/Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan membuka pusat tusyen.


2) En Suradi b Keromo (Pak Long) bertanya - Adaka
h perlu penggunaan nama syarikat yang banyak untuk membuka perniagaan yang mempunyai pelbagai bidang.

Jawapan : Nama yang sesuai dan tidak fokus kepada 1 bidang dibolehkan. Seperti membuka pusat memancing, dalam masa yang sama mempunyai pusat karaoke tp dengan syarat mempunyai lesen karaoke daripada FInas.

3) En Mohd AKhir b Wan Abu Bakar mencadangkan - Supaya SSM memberi/menghantar surat peringatan kepada semua usahawan yang berdaftar mengenai tempoh tamat sijil SSM 3 bulan awal sebelum tarikh tempoh lesen perlu diperbaharui.

Jawapan : SSM Cawangan Johor Bahru telah melaksanakan proses tersebut tetapi hanya 30% sahaja usahawan yang sempat diberikan notis peringatan. Ini kerana lambakan kerja yang banyak dan kakitangan SSM hanya sedikit. Proses menghantar notis dilakukan hanya beberapa tahun sahaja.

4) Tn Hj Abd Razak b Hj Bedu bertanya - Mengenai nama syarikat, adakah dibolehkan mencampurkan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris?

Jawapan : Dibolehkan dengan syarat nama syarikat itu bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan. Memadai nama syarikat yang mudah dan tidak merosakkan bahasa itu sendiri.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, En Yahya bin Gono, AJK Sektor Pertanian PID Bdr Penawar


Ucapan aluan oleh En Abd Kadir b Ahmad selaku unit j/kuasa & ahli lembaga jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang


Ucapan oleh pengurus PID Bdr Penawar, En Mohd Firdaus bin Syaid


Ucapan aluan oleh En Mohamed Iqbal selaku pengurus Muzium Nelayan


Sesi pengenalan diri para peserta oleh Cik Dewi Aishah bt Mohd Said, usahawan Zhulian cawangan Bandar Penawar


Taklimat oleh Pn Melia disamping Unit J/kuasa PID Bdr Penawar


Sesi bertukar pendapat & soal jawab oleh Tn Hj Abd Razak b Hj Budu


Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata penceramah oleh Tn Hj Abu Bakar b Hj Othman selaku Timbalan Pengerusi PID BDr Penawar


Penyampaian cenderamata oleh Tn Hj Abd Razak, penasihat KUS PID BDr Penawar kepada En Mohd Shah b Mohd Zain, Timbalan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang


Jamuan disediakan oleh ahli KUS PID Bdr Penawar iaitu En Md Nor Fauzul


Gambar ramai bersama peserta & AJK PID Bdr Penawar


Lawatan ke Muzim Nelayan, Pn Melia bt Embung diiringi oleh En Muhammad Adam b Rahman, pembantu SSM


En Firdaus, En Muhammad Adam, Pn Melia & CIk Azila diperkarangan Muzium Nelayan selepas taklimat SSM & lawatan ke Muzium Nelayan


Kedatangan peserta


Kedatangan peserta

~Semoga Berjumpa Lagi di program akan datang! Jom kita lihat apa aktiviti pada hari esok!~
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 17.11.09 (Selasa)
Program : Bengkel DST & Lawatan Ke Muzium Nelayan
Anjuran
: PID Bandar Penawar

Dengan Kerjasama
: Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi & SMKBP

Penyertaan : 21 pelajar Tingkatan 3, 9 Fasilitator Schoolnet, 1 guru SMKBP

Bengkel DST Sesi 2 di Sek. Men. Keb. Bandar Penawar adalah sambungan daripada bengkel sesi 1. Atas permintaan daripada guru-guru SMKBP, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada 16.11.09 dan 17.11.09. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan ke semua pelajar gembira mengikuti program ini.

Pada sesi 2 ini, PID Bdr Penawar tidak dapat mengikuti sesi bengkel di Sekolah kerana terlibat dengan taklimat pendaftaran syarikat e-logement oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Tanjung Balau pada sebelah pagi. Dengan bantuan Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi, program berjaya dilaksanakan dengan baik setelah mendapat tunjuk ajar dari PID Bdr Penawar pada hari sebelumnya.

Manakala pada sesi petang, PID Bdr Penawar bersama-sama Muzium Nelayan dapat meneruskan agenda seterusnya dengan jayanya. Aktiviti sebelah petang iaitu Kuiz Muzium dan penyampaian hadiah.

Pelajar melaksanakan bengkel DST pada hari ke-2


Bekerjasama mencurahkan idea dalam kumpulan

Gambar ramai selepas sesi penyampaian hadiah

~Seterusnya saksikan Taklimat Pendaftaran Syarikat pada hari yang sama 17.11.09~
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Tarikh : 16.11.09 (Isnin)
Program : Bengkel DST & Lawatan Ke Muzium Nelayan
Anjuran : PID Bandar Penawar
Dengan Kerjasama : Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi & SMKBP
Penyertaan : 33 pelajar Tingkatan 3, 13 Fasilitator Schoolnet, 2 guru SMKBP


Dihadapan pintu masuk Makmal Komputer Sek. Men. Bdr Penawar

Objektif:

1) Mengetengahkan kemahiran ICT dari peringkat awal dikalangan pelajar sekolah rendah & menengah disamping menambah pengetahuan pelajar mengenai keunikan sejarah kehidupan perkampungan nelayan pada masa kini.

2) Mengisi aktiviti ko-kurikulum pelajar dengan aktiviti luar darjah serta kemahiran bekerja secara berkumpulan dengan perkongsian idea yang menarik.

3) Menguji IQ-kefahaman & pengetahuan pelajar mengenai sejarah, geografi, pengetahuan am dan pengetahuan ICT.

Tentatif Program:
08.30 pagi - Pendaftaran peserta (pelajar tingkatan 3)
09.00 pagi - Taklimat program & pembahagian kumpulan (6 kumpulan)
09.15 pagi - Penyediaan 'story board'-penceritaan mengenai video yang akan dihasilkan. Topik:Keunikan Muzium Nelayan
10.00 pagi - REHAT
10.30 pagi - Latihan praktikal menggunakan Perisian Photo Story
12.20 t/h - Sesi Latihan Tamat & Sesi bergambar
12.30 t/h - Pelajar bertolak ke Muzium Nelayan
01.00 t/h - REHAT/Makan/Solat
02.00 ptg - Kuiz Muzium & Lawatan ke Muzium Nelayan
03.00 ptg - Penyampaian hadiah
03.30 ptg - Bersurai


Gambar 1 & 2: Sesi Perkenalan diri fasilitator


Taklimat & Penyediaan 'Story Board'


Proses memasukkan gambar, edit teks dan suara ke photo story

Teknik memasukkan suara ke DST oleh pelajar dengan tunjuk ajar dari fasilitator mengikut kumpulan


Gambar berkumpulan dan semua peserta.. 1 Malaysia!

~Gambar lawatan pada sesi petang tidak dapat diuploadkan~
|
Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009
Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia! Minggu GEW telah bermula! Ayuh!

Pada 13.11.09 (Jumaat) PID Bandar Penawar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat & PDK Sinar Suria Gugusan Adela telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah pelatih OKU di Sungai Rengit. Rombongan tersebut adalah untuk menyerahkan wang sara diri sebagai perbelanjaan harian bagi warga OKU yang tidak berkemampuan untuk datang ke Pusat Latihan.


Gambar; Salah seorang pelatih OKU yang menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bersama-sama rombongan tersebut telah disertai oleh wartawan akhbar kosmo (En Mohd Nasri b Jamaludin) & wartawan utusan (Cik Khadijah bt Ibrahim) bagi membuat liputan mengenai perusahaan IKS membuat keropok lekor, belacan & ikan kering.


Gambar: Cik Khadijah-wartawan Utusan Melayu, Cik Azila-PID, En Mohd Nasri-wartawan Kosmo & En Raja Jaafar-Jurugambar Utusan Melayu)

Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan produk kampung ke pasaran global. Memandangkan produk IKS ini baru sahaja mula beroperasi, KUS PID bersama-sama membantu untuk memperkenalkan produk IKS ini ke pasaran semasa.

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang KUS PID berada dilokasi:

Sos Keropok & Keropok Lekor
SK Fitrah Enterprise
No. 47, Jalan Damai 7,
Kampung Sungai Kapal,
81600 Pengerang, Johor Malaysia.
Tel: +6012-725 5817


Gambar 1; Ikan yang telah dibuang tulang dikisar halus
Gambar 2; Isi ikan dicampur sedikit tepung diuli utk dijadikan doh. Baju merah Pn Suhana pemilik keropok lekor


Gambar 3; Doh yang besar diuli semula sehingga menjadi kecil
Gambar 4; Pn Noriah (Jabatan Kebajikan Masyarakat) & Cik Azila belajar teknik menguli doh


Gambar 5; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat melihat proses menguli. Isi ikan tidak boleh dicampur terlalu banyak tepung.. keropok akan menjadi keras.
Gambar 6; Doh direbus sehingga timbul (siap dimakan)


Gambar 7; Hasil yang telah siap untuk dijual
Gambar 8; Mendapat ole-oleh dari pengusaha! Terima Kasih Daun Keladi!

~Lokasi seterusnya ke tempat membuat belacan!~

Pada jam 12.00 t/hari rombongan telah bergerak ke permis pengusaha membuat belacan. Perniagaan belacan telah diusahakan oleh En Saban bersama keluarganya di Kampung Bukit Raja, 81620 Sungai Rengit, Pengerang Johor. Perniagaan ini adalah turun temurun dari emak En Saban sehingga ke generasi nya yang diusahakan bersama-sama 3 orang isteri dan anak-anaknya.

Belacan yang dihasilkan adalah mengandungi campuran udang 'geragau' (udang kecil-kecil & halus) yang diperapkan bersama-sama garam. Udang ini akan dibiarkan sehingga isinya hancur dan berwarna kemerah-merahan. Ini akan menghasilkan belacan berwarna merah. Jika kandungan belacan mengandungi sotong, belacan yang dihasilkan akan menjadi warga hitam dan gelap. Belacan yang tahan lama selalunya disimpan selama setahun atau lebih. Lagi lama udang diperap, lagi lama belacan mampu bertahan. Dengan syarat kuantiti dan kualiti belacan terjamin dan bersih.

En Saban beruntung kerana beliau baru sahaja mendapat bantuan dari Lembaga Perikanan & Lembaga Pertanian Malaysia bagi mendapatkan label perniagaan dan peralatan. Namun, tidak semuanya dapat menampung kos pendapatan bulanan. Bergantung kepada permintaan dan sambutan orang ramai terhadap belacan keluarannya. Setakat ini, belacan En Saban berada dipasaran sekitar dan termasuklah daerah Kota Tinggi.

Berikut di bawah adalah sedikit cara penyediaan belacan:

Gambar 1; Udang yang telah diperap dengan garam dimesen hingga halus
Gambar 2; En Saban menunjukkan cara menumbuk udang untuk proses 'memampatkan'


Gambar 3; Belacan yang telah dimampatkan dicetak menggunakan gelung bulat (gelung diperbuat dari plastik sebagai pencetak)
Gambar 4; Belacan yang telah dicetak mengikut saiz yang 'standard'


Gambar 5; Hasil belacan yang telah dipacking. Label yang ditunjukkan adalah dicetak oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertanian Malaysia.
Gambar 6; En Saban bersama 2 orang isterinya yang banyak membantu mengusahakan produk belacan. Bersama-sama penolong pengurus PID.

Sekiranya anda ingin merasa belacan ini, hubungi :

PERNIAGAAN KELUARGA SABAN (BELACAN)
KG. BUKIT RAJA, 81620 SUNGAI RENGIT,
PENGERANG JOHOR, MALAYSIA.
TEL: +6016-731 3705

~Kita ke lokasi membuat ikan kering pula!~

Seharian mempelajari teknik menghasilkan belacan, kini kumpulan rombongan bergerak pula ke perusahaan membuat ikan kering & telur masin. Perniagaan ini baru sahaja bermula selama sebulan. Memandangkan Pn Nora bt Mohd Yasir mempunyai masa terluang, beliau telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Walaupun perniagaan ini baru saja bertapak, pasaran yang diperolehi agak memberangsangkan. Cuma terdapat sedikit masalah kepada Pn Nora sekiranya hari hujan. Ikan kering yang belum sempat dijemur terpaksa di perap bagi mengelakkan ikan menjadi busuk. Proses pemerapan memerlukan belanja yang banyak kerana ikan harus disimpan di dalam ais. Modal untuk mendapatkan ais adalah agak tinggi dan memerlukan tempat khas untuk menyimpan ikan.

Berikut adalah sedikit gambaran teknik menghasilkan ikan kering;


Gambar 1; Pn Nora membalik-balikkan ikan yang dijemur
Gambar 2; Ikan yang sedang dijemur dan memerlukan tempoh matang


Gambar 3; Ikan kering yang siap untuk dibungkus
Gambar 4; Pn Nora dan pekerjanya melakukan proses pembungkusan

Sekiranya anda peminat ikan kering, hubungi kami :

IKAN KERING & TELUR ASIN
PN NORA BT MOHD YASIR
NO. 112, KAMPUNG TELUK RAMUNIA,
81620 PENGERANG JOHOR, MALAYSIA.
TEL : +6019-782 6559

~ Semoga semua pengusahan produk IKS ini mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak tertentu bagi memantapkan perniagaan & memasarkan produk usahawan bumiputra ke peringkat yang lebih tinggi. KUS PID Bdr Penawar juga akan memainkan peranan dalam memasarkan produk tersebut. Semoga terus berjaya!~
|