Alhamdulillah, bertempat di Stadium Bandar Penawar Johor telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 peringkat Daerah Kecil Pengerang pada 2.9.2010 (Khamis).
Lebih 24 kontijen telah mengambil bahagian termasuk lah wakil Jabatan dari Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar Johor.
Acara telah bermula pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh wakil rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi iaitu En Zainoh bin Hadani.
Aturcara Majlis:
8.00 pagi - Ketibaan Dip Terhormat (YB, wakil2 ketua jabatan, peserta perbarisan) 8.10 pagi - Perarakan Perbarisan 24 kontijen Peringkat Pengerang 8.25 pagi - Bacaan Doa oleh Ustaz Hj Ahmad bin Sonkerim, Imam Masjid As-Syifa Bdr Penawar 8.30 pagi - Nyanyian Lagu Patriotik (Negaraku, 1 Malaysia) 8.40 pagi - Ucapan Amanat Kemerdekaan oleh wakil rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi 8.50 pagi - Perasmian dan simbolik perasmian melepaskan burung merpati 53 ekor 9.00 pagi - Penyampaian Cenderamata Wakil Kontijen 9.10 pagi - Bersurai
Hadiah Sepanduk Terbaik: Pertama : Peladang Pengerang Kedua : Kg SUngai Kapal Pengerang Ketiga : Felda Semenchu
Hadiah Pakaian Terbaik : Pertama : Sek. Men. Keb. Bandar Penawar KEdua : Felda Sening Ketiga : Felda Adela
Saksikan Gambar-gambar sepanjang Majlis:
Penolong Pengurus
Simbolik Kemerdekaan Pelepasan Burung Merpati 53 ekor
Cenderamata Kontijen yang mengambil bahagian (wakil jabatan PID Bandar Penawar)
Tapak Perbarisan
Barisan Kontijen
Mendengar Ucapan Wakil Rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi
Perarakan kontijen-kontijen
Sebelum Perarakan bermula Stadium Sukan Bandar Penawar
Pada 17.07.2010 (Sabtu) PID Bandar Penawar telah mengadakan aktiviti gotong royong dikawasan PID (luar dan dalam bangunan PID). Ahli dan pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Mengecat dinding PID
Membetulkan siling dan struktur bangunan
Membaiki air-cond
Membaiki lampu
Membuat sudut-sudut keceriaan di PID
Memotong rumput & membersihkan longkang
Menyusun atur perkakasan & perabut di PID
Membaiki peralatan di PID
Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu...
Pada 16.07.10 (Jumaat) telah berlangsung aktiviti Pertandingan Mewarna bersama pelajar Tabika Era Bestari di Perpustakaan Awam Bandar Penawar dengan kerjasama Cekgu Mimi, Cikgu Azi, Puan Siti Hawa (Library Bandar Penawar), Puan Nadia (Library Broadband Bandar Penawar) dan murid-murid 6 Tahun. Seramai 22 orang pelajar telah mengambil bahagian. Aktiviti ini diadakan sempena Karnival Keusahawanan Sosial 2010. Semoga adik-adik Tabika ini dapat mengasah bakat mereka dalam bidang kesenian.
ICT Games diadakan pada hari Khamis (15.07.10) bersempena Karnival Keusahawanan Sosial 2010. ICT Games dibuka kepada semua pengguna di PID Bandar Penawar. Program ini sekadar memberi peluang kepada pengguna untuk mempelbagaikan penggunaan komputer selain dari belajar dan melayari internet sahaja. Berikut adalah ICT games yang telah dijalankan :
Para tetamu yang hadir sepanjang program mini ekspo dijalankan & para penerima anugerah usahawan harapan :
Aturcara Majlis :
Tarikh : 12.07.10
2.00 - 5.00 ptg : Gotong royong persediaan tempat (ruang pameran, ruang hadiah, susun atur meja & kerusi, sistem audio & visual, raptai MC, susun atur produk-produk usahawan, pembahagian tempat pameran & jualan)
Tarikh : 13.07.10
08.00 pagi : Pendaftaran peserta & mengambil tempat duduk
08.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis & Alu-aluan kepada para peserta
08.40 pagi : Ceramah Penyembelihan Ayam dari Pertubuhan Peladang (LPP) oleh En Shah b Mawi
09.15 pagi : Kedatangan tetamu Wakil Rasmi Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu En Ismail bin Roslan
09.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Johor
09.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh En Ismail bin Roslan
10.30 pagi : Penyampaian Hadiah Usahawan Berjaya & Usahawan Harapan
12.00 thari : Lawatan ke booth pameran
12.00 thari : Jualan Produk Usahawan & Lelongan Produk
02.00 ptg : Mesyuarat Agong Pertubuhan Peladang
03.30 ptg : Lelongan & Jualan Produk
05.00 ptg : Majlis Bersurai
-Catatan : PID Bandar Penawar turut serta menghadiri mesyuarat agong pertubuhan peladang (Ahli Peladang Unit Bandar Penawar)
-Catatan : Turut sama hadir, Pengerusi unit Jawatankuasa PID Bandar Penawar iaitu En Kamal b Abdul Hamid dan Naib Pengerusi Jawatankuasa PID Bandar Penawar iaitu Tn Hj Abu Bakar bin Othman, Penasihat 2 unit Jawatankuasa KUSPID Bandar Penawar iaitu Tn Hj Abdul Razak b Hj Bedu.
- Semoga Program ini dapat membantu para usahawan & IKS dalam meningkatkan empayar perniagaan mereka ke peringkat Global. Semoa Terus Berjaya!
Segala maklumat dan gambar-gambar yang dimuatnaik ke halaman blog ini adalah HAK MILIK PUSAT INTERNET DESA BANDAR PENAWAR JOHOR dan KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA. Adalah dilarang sama sekali membuat salinan (copy) atau meniru sebarang fakta yang tertera didalamnya. Perbuatan anda akan diambilkira diakhirat kelak sekiranya melanggar etika dan peraturan. Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpelihara :
Pusat Internet Desa Bandar Penawar Johor
Hak Milik Sepenuhnya :
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
PID 1 Malaysia
...Award...
Sijil Penghargaan
Piala
Sijil Penghargaan Kertas Cadangan Terbaik
Sijil Penghargaan Karnival Keusahawanan Sosial KPKK
Sijil Penghargaan Karnival Usahawan & ICT, MSC Malaysia