PENGENALAN KUS
- Kelab Usahawan Sosial (KUS) Bandar Penawar adalah sebuah kelab di bawah kelolaan, tanggungjawab dan sokongan Pusat Internet Desa (PID) Bandar Penawar. Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersial dan sosial.
- Tarikh penubuhan Kelab Usahawan Sosial Bandar Penawar adalah pada 27hb Jun 2008.
- Yuran Tahunan sebanyak RM 10.00 setahun dan RM 20.00 untuk t-shirt kelab KUS.
- Sebagai landasan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial ;
- Untuk melahirkan usahawan - usahawan baru termasuk usahawan sosial ; dan
- Membantu komuniti meningkatkan taraf hidup mereka.
FAEDAH KUS
- Rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana ;
- Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama Kelab Usahawan Sosial dari 40 PID seluruh Malaysia ;
- Mendapat diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID ; dan
- Mengiklankan produk dan meningkatkan pendapatan melalui e-kedai, blog, facebook dan lain-lain.
KEUNTUNGAN KUS KEPADA KOMUNITI/AHLI?
- Peluang pekerjaan (terutama kepada belia/lepasan sekolah/IPT yang menganggur) ;
- Perkongsian pengalaman dari usahawan yang berjaya ;
- Meningkatkan taraf hidup & pendapatan sara diri ;
- Pendedahan untuk menjana kewangan personal ;
- Mencari/mendapatkan maklumat yang diingini ;
- Mengembangkan ilmu & maklumat kepada lebih ramai komuniti ; dan
- Mewujudkan jaringan perniagaan global/international.
SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI KUS ?
1) Pengguna PID (16 tahun ke atas) :
- Termasuk Ahli Kelab Koperasi Sekolah
2) Usahawan sedia ada
3) Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersial & usahawan sosial :
- Belia
- Pesara
- Tidak Bekerja
4) Ahli-ahli dari badan sukarelawan/wati :
- Persatuan Ibu Tunggal
- Persatuan Belia & Rakan Muda
- Persatuan OKU (Orang Kurang Upaya)
- Pertubuhan-pertubuhan lain, NGO
- Persatuan Rela