Pusat Internet Desa Bandar Penawar


Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) 2010 adalah program tahunan ke-3 yang dilaksanakan oleh PID seluruh Malaysia. Pada tahun ini 3 program akan dilaksanakan oleh semua PID iaitu

1) Bengkel Portal PID
- untuk melatih komuniti dalam penggunaan portal pid.net.my
- jangkamasa bengkel selama seminggu
- terbuka kepada ahli KUSPID, usahawan dan orang ramai
- untuk menggalakkan lebih ramai komuniti mengambil manfaat menerusi portal yang telah dibangunkan.
- membuka peluang kepada usahawan kecil untuk membuka perkhidmatan e-kedai bagi mempromosi produk dan perkhidmatan.

2) Mini Ekspo
- 2 hari sekurang-kurangnya
- melibatkan ahli KUSPID, usahawan dan komuniti
- boleh merangkumi pelbagai aktiviti seperti bengkel latihan ICT dan aktiviti keusahawanan seperti pameran dan jualan produk oleh ahli KUSPID

3) e-Karnival
- kempen jual beli secara online
- dijalankan selama sebulan
- aktiviti berteraskan ICT