Pusat Internet Desa Bandar Penawar

Ucapan alu-aluan oleh En Yahya bin Gono, Pegawai Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Peladang Cawangan Bandar Penawar (AJK Sektor Pertanian Unit Jawatankuasa PID Bandar Penawar) selaku Pengerusi Majlis :

Ceramah Penyembelihan Ayam oleh En Shah bin Mawi, Pegawai Pertubuhan Peladang Negeri Johor :

Ucapan wakil rasmi Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor iaitu En Mohd Ismail bin Roslan, Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang Daerah Batu Pahat. Dalam ucapan beliau menegaskan :

"...para usahawan haruslah meningkatkan pendapatan dengan usaha & daya sendiri dengan mencapai peluang-peluang seperti usahasama dan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan lain seperti Pusat Internet Desa (PID) yang menawarkan perkhidmatan internet yang dapat membantu usahawan mempromosikan produk ke peringkat global. Dan juga bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang serta agensi-agensi swasta yang lain kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan perusahaan usahawan itu sendiri.

Selain itu, peranan media juga penting untuk promosi produk-produk usahawan tempatan, IKS dan menjadi sebahagian ahli serta anggota pertubuhan-pertubuhan, kelab & lembaga sekaligus dapat memberi kemudahan kepada para petani, usahawan untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan seperti bantuan peralatan, kewangan & sebagainya dan dengan berjayanya para usahawan tempatan ianya juga dapat meningkatkan sasaran pendapatan negara.

Bersama-sama lah berusaha meningkatkan keperluan hidup disamping memahami slogan 1 Malaysia 'rakyat didahulukan perkhidmatan diutamakan' dan semoga usaha-usaha kerajaan seperti PID & pertubuhan-pertubuhan menjadi tali gantungan kepada orang melayu dalam bidang ekonomi. "

Semoga semua pihak dapat berganding bahu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia serta berusaha meningkatkan pendapatan negara.