Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 52 Peringkat Daerah Kecil Pengerang telah diadakan pada 03 September 2009 bertempat di Dataran Penawar-Desaru yang dihadiri oleh badan-badan kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan pertubuhan-pertubuhan.

Aturcara telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dimana perhimpunan telah dikawalselia oleh pasukan Tentera Darat Tg. Pengelih Pengerang. PID Bandar Penawar menyertai sambutan tersebut dan berbaris bersama kontijen POS Malaysia Bhd. Semoga program ini dapat membangkitkan semangat kemerdekaan pada setiap diri individu. Merdeka!!

Berikut adalah kandid sepanjang program dijalankan:



Gambar 1 : Barisan DIP Kehormat...YB Haron, YB Hamimah & Pengarah KEJORA Bdr Penawar
Gambar 2 : Wakil POS Malaysia menerima cenderamata dari Pejabat Daerah Kota Tinggi
Gambar 3 : Ucapan sempena kemerdekaan oleh Tn. Hj. Norizan B. Kulob, Pegawai Daerah Kota Tinggi


Gambar 1 : Penolong Pengurus bersama Pengurus Cawangan Pos Malaysia Pn Norashikin Sulaiman
Gambar 2 : Perbarisan wakil PPK Pengerang, Pengurus PPK En Suriadi, Pengurus PID & Pengurus Pos Malaysia Cawangan Bdr Penawar