Pusat Internet Desa Bandar Penawar
PID Bandar Penawar telah memenangi 2 pertandingan untuk aktiviti November 2009 iaitu :
1) Pertandingan PID Grassroots Entrepreneurship Challenge '09
2) Pertandingan Mencipta Konsep & Melaksana Karnival Usahawan & ICT


Bagi pertandingan pertama PID Bandar Penawar telah menerima RM 1, 500.00 bagi melaksanakan 10 aktiviti bertemakan keusahawanan.

Bagi pertandingan kedua, PID Bandar Penawar telah menerima RM 10, 000.00 bagi melaksanakan Bengkel ICT (penglibatan peserta sekurang-kurangnya 30 orang) dan Karnival Usahawan & ICT yang melibatkan aktiviti bertemakan ICT, sukan dan sebagainya dan penglibatan peserta seramai 150 orang.

Gambar di atas adalah pengumuman pemenang telecenter yang bertanding bagi pertandingan mencipta konsep & melaksana karnival usahawan & ICT 2009