Pusat Internet Desa Bandar Penawar
PID Bandar Penawar telah merangka dan menyusun beberapa aktiviti sempena Minggu Keusahawanan Sosial 2009. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program berlangsung dan melibatkan pelbagai pihak. Antaranya:

1) Bengkel Digital Story Telling (DST) - anjuran PID Bandar Penawar dengan kerjasama Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi seramai 11 orang, Pengurus Library Broadband Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Penawar, Sekolah Menengah Bandar Penawar & Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2. Program ini akan berlangsung selama 4 hari dan melibatkan penyertaan 120 pelajar.

2) Taklimat Pendaftaran Syarikat Bagi Bakal Usahawan & Usahawan Baru yang belum berdaftar dan mempunyai nombor syarikat - anjuran PID Bandar Penawar dengan kerjasama Syarikat Suruhanjaya Malaysia Cawangan Johor Bahru, Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang Cawangan Bandar Penawar dan Kejora.

3) Taklimat Pinjaman Modal Perniagaan Bagi Usahawan Koperasi & Peniaga-peniaga Kecil - anjuran PID Bandar Penawar dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Kota Tinggi, Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang Cawangan Bandar Penawar dan Kejora.

4) Taklimat Portal Pendidikan Mystar (Online) - anjuran PID Bandar Penawar dengan kerjasama Portal Pendidikan Johor Bahru dan Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang Cawangan Bandar Penawar.

5) Bengkel ICT (Membina blog, DST & mencipta poster) - anjuran MDEC-MSC Malaysia dengan kerjasama PID Bandar Penawar, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi, Pos Malaysia Cawangan Bandar Penawar & Pertubuhan Peladang Kawasan Cawangan Bandar Penawar.

6) Perasmian Penutup Karnival Muzium, Usahawan & ICT 2009 - anjuran PID Bandar Penawar & Muzium Nelayan dengan kerjasama Kejora, Pertubuhan Peladang Kawasan Cawangan Bandar Penawar, Pos Malaysia Cawangan Bandar Penawar dan semua pihak yang terlibat (Fasilitator schoolnet, Library-Broadband - Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Penawar, sukarelawan, kumpulan J-Robik Wanita Felda Kledang dan Tunggal, PDK Sinar Suria Gugusan Adela, PID Labis, Puteri UMNO Parlimen Pengerang, KEMAS, Belia Cawangan Kota Tinggi).



Gambar berikut adalah iklan senarai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang 14.11.09 sehingga 22.11.09