Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Bismillah...

Al-hamdulillah, pada 04.11.09 (Rabu) bertempat di Ladang Vita Tenggara-Pengerang Johor, telah diadakan Majlis Tahlil & Bacaan Doa Selamat sempena pembukaan ladang tersebut yang dimonopoli oleh golongan bumiputera.

Latarbelakang projek;
Lembaga Pertubuhan Peladang telah memperuntukan grant pembangunan sebanyak RM 625,000 bagi Pertubuhan Peladang Kawasan melaksanakan Projek Tanaman Cili & Jagung bagi mencapai matlamat PP sebagai Pengeluaran Makanan Negara.

Konsep Pelaksanaan;
Projek ini adalah usahasama antara ahli dan Pertubuhan Peladang. Agihan pendapatan peserta adalah 60% daripada hasil jualan dan 40% kepada Pertubuhan Peladang (PPK).

PPK berperanan menyediakan tapak projek, kemudahan infrastruktur, menguruskan pemasaran, memberi latihan & tunjuk ajar, memantau & menyelia projek serta menilai prestasi peserta.

Peserta pula akan menjalankan projek mengikut SOP-Standard Operating Practice yang telah ditetapkan, mematuhi jadual tanaman dari masa ke semasa, menyediakan tenaga kerja, menyediakan keperluan input, membayar wang jaminan kesungguhan RM2000-setiap lot tanaman (10 ekar/lot), menghadiri kursus yang diaturkan oleh PPK, menyediakan rekod ladang serta mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dari masa ke semasa.

KUS PID berperanan untuk membuat promosi berkaitan ke pasaran semasa & global selain memberi tunjuk ajar kepada peserta membuat promosi produk mereka ke internet.


Gambar 1; Ahli Lembaga Jemaah PPK dan Pengurus PPK, En Suriadi b Abd Jalal (baju kuning), En Abd Kadir (baju hitam), En Yahya (baju biru) di Majlis Doa Selamat.
Gambar 2; Ahli Peladang & ahli KUS PID membaca Yaasin pada majlis tersebut.


Gambar 3; Tokoh-tokoh peladang berjaya.


Gambar 4 & 5; Jentera dan peralatan yang disediakan oleh PPK


Gambar 6; Fetagasi bagi menanam cili

~ Projek ini akan mula dilaksanakan bermula Disember 2009. Semoga semua ahli yang terlibat berjaya dan menjadi satu sumber pendapatan negara pada masa hadapan. Insyaallah.