Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 17.11.09 (Selasa)
Tempat : Dewan Tanjung Balau
Program : Taklimat Pendaftaran Syarikat Usahawan Baru oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Johor Bahru

Tentatif program:
8.00 pagi - Pendaftaran para peserta (usahawan, belia)

8.30 pagi - Ucapan Pengenalan oleh:

: En Yahya bin Gono, selaku Pengerusi Majlis

: En Mohd Firdaus, Pengurus PID Bdr Penawar
: En Abdul Kadir, Ahli Lembaga Jemaah Pertubuhan Peladang
: Pengenalan diri peserta (nama & perniagaan yang dijalankan)

10.00 pagi - Taklimat bermula oleh

: Pn Melia bt Embung, 35 tahun
: Menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di SSM

: Pemegang Ijazah Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

11.30 pagi - Taklimat selesai

11.40 pagi - Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata

12.00 t/h - Sesi bergambar

12.15 t/h - Jamuan & bersurai

12.330 t/h - Lawatan ke Muzium Nelayan

Topik yang dibentangkan:-
~ Pengenalan tentang syarikat ROB & ROC
~ Jenis-jenis syarikat yang boleh berdaftar dan tidak bol
eh berdaftar
~ Jenis-jenis sijil SSM & fungsinya iaitu sebagai bahan bukti adanya syarikat dan sijil SSM boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman bagi modal perniagaan dan sebagainya
~ Pengenalan mengenai ciri-ciri syarikat, unit-unit SSM dan fungsinya

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta:-

1) Tn Hj Hood bin Hj Abd Wahab bertanya-Perniagaan ya
ng bercirikan pusat hiburan seperti pusat karaoke dan perniagaan bercirikan pusat pendidikan adakah perlu lesen SSM?

Jawapan: Perlu mendapatkan lesen hiburan (karaoke) & mendapatkan surat dari Jabatan/Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kelulusan membuka pusat tusyen.


2) En Suradi b Keromo (Pak Long) bertanya - Adaka
h perlu penggunaan nama syarikat yang banyak untuk membuka perniagaan yang mempunyai pelbagai bidang.

Jawapan : Nama yang sesuai dan tidak fokus kepada 1 bidang dibolehkan. Seperti membuka pusat memancing, dalam masa yang sama mempunyai pusat karaoke tp dengan syarat mempunyai lesen karaoke daripada FInas.

3) En Mohd AKhir b Wan Abu Bakar mencadangkan - Supaya SSM memberi/menghantar surat peringatan kepada semua usahawan yang berdaftar mengenai tempoh tamat sijil SSM 3 bulan awal sebelum tarikh tempoh lesen perlu diperbaharui.

Jawapan : SSM Cawangan Johor Bahru telah melaksanakan proses tersebut tetapi hanya 30% sahaja usahawan yang sempat diberikan notis peringatan. Ini kerana lambakan kerja yang banyak dan kakitangan SSM hanya sedikit. Proses menghantar notis dilakukan hanya beberapa tahun sahaja.

4) Tn Hj Abd Razak b Hj Bedu bertanya - Mengenai nama syarikat, adakah dibolehkan mencampurkan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris?

Jawapan : Dibolehkan dengan syarat nama syarikat itu bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan. Memadai nama syarikat yang mudah dan tidak merosakkan bahasa itu sendiri.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, En Yahya bin Gono, AJK Sektor Pertanian PID Bdr Penawar


Ucapan aluan oleh En Abd Kadir b Ahmad selaku unit j/kuasa & ahli lembaga jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang


Ucapan oleh pengurus PID Bdr Penawar, En Mohd Firdaus bin Syaid


Ucapan aluan oleh En Mohamed Iqbal selaku pengurus Muzium Nelayan


Sesi pengenalan diri para peserta oleh Cik Dewi Aishah bt Mohd Said, usahawan Zhulian cawangan Bandar Penawar


Taklimat oleh Pn Melia disamping Unit J/kuasa PID Bdr Penawar


Sesi bertukar pendapat & soal jawab oleh Tn Hj Abd Razak b Hj Budu


Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata penceramah oleh Tn Hj Abu Bakar b Hj Othman selaku Timbalan Pengerusi PID BDr Penawar


Penyampaian cenderamata oleh Tn Hj Abd Razak, penasihat KUS PID BDr Penawar kepada En Mohd Shah b Mohd Zain, Timbalan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang


Jamuan disediakan oleh ahli KUS PID Bdr Penawar iaitu En Md Nor Fauzul


Gambar ramai bersama peserta & AJK PID Bdr Penawar


Lawatan ke Muzim Nelayan, Pn Melia bt Embung diiringi oleh En Muhammad Adam b Rahman, pembantu SSM


En Firdaus, En Muhammad Adam, Pn Melia & CIk Azila diperkarangan Muzium Nelayan selepas taklimat SSM & lawatan ke Muzium Nelayan


Kedatangan peserta


Kedatangan peserta

~Semoga Berjumpa Lagi di program akan datang! Jom kita lihat apa aktiviti pada hari esok!~