Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 18.11.09 (Rabu)
Tempat : Sek. Keb. Bandar Penawar 2
Program : Bengkel DST (Digital Story Telling) pelajar Tahun 5
Penyertaan : 24 orang pelajar Tahun 5, 13 orang fasilitator, 1 AJK PID Bdr Penawar

Penerangan Program : Bengkel ini adalah sesi ke 3 bagi semua fasilitator dan dilaksanakan pada pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Bandar Penawar 2 atas kerjasama guru-guru dan semua yang terlibat. Pada sesi ini, seramai 24 pelajar menyertai dan diiringi oleh seorang guru.

Para pelajar diberikan tugas untuk menceritakan semula gambar-gambar mengenai Muzium Nelayan Tanjung Balau. Olahan cerita yang menarik berdasarkan kumpulan gambar-gambar yang dipilih akan dipertandingkan. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 6 orang dan setiap pasukan akan dibantu oleh 2 orang fasilitator.

Pada hari ini juga, bengkel DST telah disertai oleh seorang AJK PID Bandar Penawar iaitu En. Yahya bin Gono yang sudi bersama-sama melihat dan mempelajari serba sedikit mengenai DST. Terima kasih atas lawatan dari En. Yahya.

Tentatif program:
08.00 - 08.30 pagi : Pendaftaran pelajar dan pembahagian kumpulan (6 kumpulan)
08.30 - 10.00 pagi : Taklimat dan penyediaan 'story board'
10.00 - 10.30 pagi : Rehat
10.30 - 12.00 t/h : Penyediaan DST menggunakan software Photo Story
12.00 - 12.30 t/h : Bertolak ke Muzium Nelayan
12.30 - 01.30 t/h : Rehat/SOlat/Makan Tengahari
01.30 - 02.30 ptg : Kuiz Muzium
02.30 - 03.00 ptg : Penyampaian hadiah
03.00 - 03.30 ptg : Bertolak ke Sekolah

Pada hari ini, bengkel yang diadakan di Sek. Keb. Bandar Penawar 2 telah dikunjungi oleh En Syed Isa Alsagoff dari Suruhanjaya komunikasi Multimedia Malaysia bersama-sama rakannya untuk melihat aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Beliau juga menyampaikan sedikit ucapan kepada semua pelajar-pelajar dan melihat persembahan semua fasilitator mengendalikan bengkel tersebut. Terima kasih diucapkan kepada En Syed Isa atas kesudian beliau untuk turun padang dan menyaksikan sendiri program yang berlangsung.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung:-


Makmal Komputer SKBP 2


'Storyboard' yang dihasilkan oleh para pelajar... sebab tak pandai melukis, hanya skrip jalan cerita sahaja mampu ditulis...he..he..he


Bekerja dalam kumpulan


Perkongsian idea

Bergambar dalam kumpulan

Fasilitator bersama Wakil SKMM


Ucapan oleh wakil SKMM

Gambar ramai


Kedatangan pelajar


Kedatangan pelajar


Ketadangan fasilitator

3 persembahan DST terbaik oleh pelajar-pelajar:-



Tempat Pertama : Kumpulan 2


Tempat Kedua : Kumpulan 3



Tempat Ketiga : Kumpulan 5

~ Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menghasilkan DST yang menarik. Semoga pelajaran pada hari ini dapat dimanfaatkan pada masa hadapan. DST juga sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru sekolah. Semoga adik-adik terus berjaya!
Insya-Allah dengan usaha, doa dan tawakal.
Jumpa lagi!~