Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 17.11.09 (Selasa)
Program : Bengkel DST & Lawatan Ke Muzium Nelayan
Anjuran
: PID Bandar Penawar

Dengan Kerjasama
: Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi & SMKBP

Penyertaan : 21 pelajar Tingkatan 3, 9 Fasilitator Schoolnet, 1 guru SMKBP

Bengkel DST Sesi 2 di Sek. Men. Keb. Bandar Penawar adalah sambungan daripada bengkel sesi 1. Atas permintaan daripada guru-guru SMKBP, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada 16.11.09 dan 17.11.09. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan ke semua pelajar gembira mengikuti program ini.

Pada sesi 2 ini, PID Bdr Penawar tidak dapat mengikuti sesi bengkel di Sekolah kerana terlibat dengan taklimat pendaftaran syarikat e-logement oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Tanjung Balau pada sebelah pagi. Dengan bantuan Fasilitator Schoolnet Daerah Kota Tinggi, program berjaya dilaksanakan dengan baik setelah mendapat tunjuk ajar dari PID Bdr Penawar pada hari sebelumnya.

Manakala pada sesi petang, PID Bdr Penawar bersama-sama Muzium Nelayan dapat meneruskan agenda seterusnya dengan jayanya. Aktiviti sebelah petang iaitu Kuiz Muzium dan penyampaian hadiah.

Pelajar melaksanakan bengkel DST pada hari ke-2


Bekerjasama mencurahkan idea dalam kumpulan

Gambar ramai selepas sesi penyampaian hadiah

Kedatangan pelajar dan fasilitaor:-





3 persembahan DST terbaik yang disediakan oleh pelajar-pelajar bengkel:-


Tempat Pertama : Kumpulan 6


Tempat Kedua : Kumpulan 4


Tempat Ketiga : Kumpulan 5

~Seterusnya saksikan Taklimat Pendaftaran Syarikat pada hari yang sama 17.11.09~