Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Tarikh : 19.11.09 (Khamis)
Tempat : Dewan Tanjung Balau
Program : Taklimat SKim Pembiayaan Mikro-i oleh Bank Rakyat & Perkongsian Idea-Secawan Kopi Segunung Ilmu-Usahawan HR Marketing.

Pengisian : Pada sesi taklimat ini, seramai 43 orang usahawan, 4 AJK PID & 2 pegawai bank terlibat menjayakan program ini. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta. Rata-rata kebanyakkan usahawan terdiri dari usahawan IKS, kecil-kecilan dan ada juga yang telah berjaya menjadi usahawan contoh kepada masyarakat. Tidak lupa juga terdapat 2 orang belia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam pertanian dan merupakan usahawan baru.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang Cawangan Bandar Penawar kerana sudi mencurahkan idea dan berkongsi pandangan bersama para peserta.

Terima kasih juga kepada usahawan yang telah berjaya dan berkongsi pendapat serta pandangan dalam mencapai kejayaan iaitu En Mohd Fazli bin Yusof, pengedar HR Marketing yang datang dari Rompin Pahang semata-mata untuk membuka peluang perniagaan kepada ahli baru. Produk yang dipasarkan adalah berasaskan susu kambing yang kini mendapat tempat di hati pengguna rakyat Malaysia.

Sepanjang taklimat & perkongsian maklumat selama 15 minit, terdapat 4 orang ahli baru yang berminat dan telah berdaftar sebagai pengedar produk HR Marketing pada hari tersebut. Tahniah kepada En Mohd Fazli kerana berjaya meyakinkan usahawan lain untuk sama-sama terus berjaya dibawah label HR Marketing.

Tentatif Program :
08.00 - 08.30 pagi ~ Pendaftaran peserta
08.30 - 09.00 pagi ~ Taklimat program dan pengenalan peserta (nama, alamat dan perniagaan yang dijalankan)
09.00 - 09.30 pagi ~ Sesi suai kenal dari Pegawai Bank Rakyat, AJK PID
: En Syed Mohamed Izzar b Syed Ismail
: 26 tahun
: Pegawai Eksekutif Pembiayaan (Mikro-i) dari Bank Rakyat
09.30 - 11.00 pagi ~ Taklimat bermula dan sesi soal jawab
11.00 - 11.25 pagi ~ Cabutan nombor bertuah & penyampaian cenderamata
11.25 - 11.40 pagi ~ Perkongsian idea (Secawan Kopi Segunung Ilmu) oleh
: En Mohd Fazli bin Yusof, pengedar HR Marketing
: dari Rompin Pahang
11.40 - 12.00 tghari ~ Jamuan tengahari
12.00 - 12.30 t/hari ~ Lawatan Pegawai Bank Rakyat ke Muzium Nelayan & bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti berlangsung:-


Sesi pendaftaran peserta, sedang mengisi kedatangan - Pn Hjh Marganah bt Hj Halimi bersama suaminya Hj Suyut b Miron (baju hijau)


Sesi taklimat berlangsung. Kelihatan Pn Sarpeah bt Malik (tudung & baju kurung kuning) pelajar PID pada sesi 2007 yang kini merupakan seorang usahawan membuat baju wanita (jahitan)


Taklimat disampaikan oleh En Syed Mohamed Izzar bin Syed Ismail bersama orang kanannya iaitu En Mohd Amir (di meja)


Sesi soal jawab dibuka. Kelihatan bersama En Yahya b Gono selaku AJK PID dan pengerusi majlis (berbaju batik biru)


Soalan pertama oleh En Suradi b Keromo (berdiri)


Slot ke-2, perkongsian ilmu oleh En Mohd Fazli bin Yusof dari Rompin Pahang


Pendaftaran ahli baru sebagai pengedar produk HR Marketing, produk berasaskan susu kambing


Penerangan mengenai kebaikan produk susu kambing oleh En Rohizat b Abd Ghani


Penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah oleh En Nizam b Ali, Exco Pemuda UMNO


Penyampaian cabutan nombor bertuah oleh En Syed Izzar kepada En Md Noor Fauzul


Penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh Tn Hj Abd Razak b Hj Budu selaku penasihat KUS PID Bandar Penawar, diiringi oleh En Yahya b Gono, penolong & pengurus PID


Jamuan tengahari disediakan oleh ahli KUSPID iaitu En Md Noor Fauzul


Gambar beramai-ramai


Usahawan 1 Malaysia........!!


Bergambar di luar Muzium Nelayan setelah selesai taklimat


Kedatangan peserta


Kedatangan peserta



Kedatangan peserta

Soalan yang dikemukakan oleh peserta:-

1) Hj Hood bin Wahab : Saya adalah ahli Bank Rakyat & tidak tahu kesudahan saham saya sebagai ahli samaada boleh ditambah saham tersebut atau dijual, tetapi tidak mendapat apa-apa dividen

Jawapan : Saham/dividen Bank Rakyat adalah saham paling tinggi antara Bank-bank yang lain dan dividen dibayar mengikut kerajaan (kapital)

2) Hj Suyut bin Miron : Bolehkah peminjam yang mempunyai banyak load dengan bank lain membuat pinjaman mikro-i ini?

Jawapan : Boleh. Dengan syarat bayaran untuk semua pinjaman setiap bulan adalah teratur dan tidak bermasalah.

3) Pn Haniza bt Abu Talib : Bolehkah peminjam berkumpulan 5 orang yang dinyatakan terdiri dari adik-beradik, saudara mara atau suami?

Jawapan : Pinjaman mikro-i yang diberikan adalah secara berkumpulan iaitu 1 kumpulan mempunyai 5 penama & 5 syarikat yang berlainan. Setiap ahli kumpulan harus mempunyai sijil pendaftaran syarikat iaitu sijil SSM dan bank statement sebagai bukti wujudnya urusniaga dan wujudnya perniagaan. Tetapi syarat yang tidak dibolehkan ialah tidak boleh ada adik beradik, keluarga atau saudara mara dalam kumpulan peminjam tersebut.

4) Pn Sabariah bt Musa : Bolehkah tanah pusaka digadaikan untuk dijadikan loan?

Jawapan : Tanah pusaka dan yang seumpamanya tidak boleh digadaikan.

5) En Suriadi b Keromo : Kekurangan modal dan tidak dapat bayar loan dan kurang modal pusingan.

Jawapan : Buat semula penjadualan bayaran balik pinjaman.

6) Hj ALwee b Mahdi : Bolehkah bank menyediakan atau mencari ahli lain untuk mencukupkan 5 penama dalam 1 kumpulan? Kerana kebanyakkan peminjam berkemungkinan tidak dapat mencari ahli bagi mencukupkan forum.

Jawapan : Bank boleh mencari ahli lain tanpa masalah. Hanya perlu diingatkan penjamin adalah lebih bermasalah kepada peminjam berbanding ahli kumpulan kerana sekiranya peminjam tidak membayar semula wang pinjaman, penjamin akan blacklist dan tidak kena pada ahli kumpulan yang lain)

7) CIk Dewi AIshah bt Mohd Said : Berapakah tempoh dokumen diproses?

Jawapan : Satu minggu dari tarikh serahan dokumen.

~ Sekian. ALhamdulillah terdapat 3 orang ahli akan membuka perniagaan mereka melalui skim pinjaman mikro-i ini. Insya-Allah!~