Pusat Internet Desa Bandar Penawar
Assalamualaikum wbt...

Setelah dua minggu berlalunya Minggu Keusahawanan Global (GEW) 2009, PID Bandar Penawar dengan kerjasama Perpustakaan Awam Bandar Penawar serta Pusat Jalur Lebar cawangan Bandar Penawar telah mengatur Minggu ICT sempena cuti sekolah.

Minggu ICT ini dimuatkan dengan pelbagai aktiviti antaranya merekacipta blog, merekacipta poster dan merekacipta penceritaan digital.

Program ini telah mendapat sambutan yang hebat dikalangan belia/remaja
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah salah satunya untuk mengisi masa lapang remaja dari melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak, merempit dan sebagainya di samping mendedahkan mereka kepada program-program yang mudah untuk dipelajar.
Selain itu juga bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua peserta tentang teknologi dan ciri-ciri blog digital. Blog adalah satu laman web yang kebiasaannya dikendalikan oleh individu untuk berkongsi cerita, pendapat, berita serta boleh dijadikan sebagai diari persendirian atas talian.

Pemilik blog juga boleh memasukkan koleksi peribadi seperti gambar, video, lagu dan menambah 'link' ke laman web lain. Antara ciri yang menarik ialah pembaca blog boleh meninggalkan komen.


Program telah berlangsung pada 8hb, 9hb, 10hb, 15hb dan 16hb Disember 2009. Setiap hari peserta yang mengikuti kelas adalah seramai 12 orang. Program ini dijalankan dia 6 pc perpustakaan dan 6 pc library broadband. Alhamdulillah, program dijalankan dengan sempurna dan setiap hari 3 pelajar terbaik terpilih antara kesemua para peserta.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua remaja dan dapat mengisi cuti sekolah mereka dengan program yang berfaedah.

Program ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. 6 orang peserta kumpulan pertama diselia oleh Penolong Pengurus PID Bandar Penawar iaitu Cik Azila bt Mahadi dan 6 orang peserta kumpulan kedua diselia oleh pengurus Pusat Jalur Lebar iaitu Cik Nadiatul Nurfaini bt A.Rahim. 2 kumpulan berentap untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik..

Tentatif Program adalah seperti berikut:-

08.30 - 09.00 pagi : Pendaftaran peserta & breafing
09.30 - 10.30 pagi : Modul 1 (Membina Blog)
10.30 - 11.00 pagi : Modul 2 (Merekacipta Poster)
11.00 - 11.15 pagi : Rehat
11.15 - 12.00 tghri : Sambung Modul 2
12.00 - 01.00 tghri : Modul 3 (Menyunting gambar)
01.00 - 02.00 ptg : Rehat
02.00 - 04.00 ptg : Modul 4 (Mencipta DST)
04.00 - 04.30 ptg : Latihan
04.30 - 05.00 ptg : Penilaian
05.00 - 05.30 ptg : Komen dari jurulatih & Penyampaian hadiah
05.30 ptg : Bersurai

Fakta :
1) Terima kasih kepada PPAJ, PID, PJL Bandar Penawar atas kerjasama yang diberikan. Tahun hadapan ber bengkel lagi... ('',)

2) Seorang peserta pada 10.12.09 adalah warga kurang upaya. Walaupun tidak dapat mengerakkan tangan kanan, tetapi masih cekap menggunakan komputer menggunakan tangan kiri.

3) Wanita surirumah adalah peserta paling aktif walaupun sedang hamil 5 bulan dan merupakan seorang bakal usahawan. syabas!

4) Para peserta paling vateran adalah seorang ustaz yang berminat mengikuti bengkel yang diadakan.

5) Kesemua para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan berusaha menyiapkan tugasan walaupun kapasitil komputer dan kemudahan internet yang kadangkala mengganggu tugasan.

6) Tidak ketinggalan hadiah disumbangkan oleh PPAJ Johor Bahru, PID Bdr Penawar dan Pusat Jalur Lebar serta MSC Malaysia.

7) Jamuan pagi, tengahari & petang setiap hari berlangsungnya bengkel ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Bandar Penawar.

8) Hari pertama program telah tamat pada jam 6.00 petang. Sedikit lewat kerana masalah internet.

9) Rata-rata peserta meminta program dijalankan sekali lagi pada masa akan datang dengan masa yang lebih maksima dan tidak terhad hanya 1 hari sahaja untuk setiap peserta.

**Maklumat lengkap setiap hari program berlangsung dihalaman berikutnya**