15
Dec

Tajuk Kursus:
Kursus "Hand-On" Aplikasi Skype, Email, Sistem Profail Ahli & Laman Web Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Tarikh:
15 Disember 2009
Masa:
8:30 Pagi - 5:00 Petang
Tempat:
Dewan Rhu, Desaru Damai Beach Resort
Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
Kehadiran Peserta:
25 Orang Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Timur

Gambar Bawah: Penuh dengan konsentrasi para peserta menggunakan aplikasi yang dipelajari. Abang tu sedang menggunakan Skype ke dengar lagu Mawi. Macam M.Nasir pun ye...sekadar gurauan :D..
Nama Pelatih/Jurulatih:
En. Shuwib b. Ab. Karim
(Unit Teknologi Maklumat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor)
(Unit Teknologi Maklumat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor)
Nama Fasillitator:
Mohd Firdaus b. Syaid
(Pengurus, Pusat Internet Desa, Bandar Penawar)
Mohd Norman b. Salehhuddin
(Juruteknik Komputer, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor)
Mohd Firdaus b. Syaid
(Pengurus, Pusat Internet Desa, Bandar Penawar)
Mohd Norman b. Salehhuddin
(Juruteknik Komputer, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor)

Mereka dilatih dan diberi kursus berkaitan dengan cara-cara kemudahan aplikasi Skype, Email, Sistem Ahli dan penggunaan Laman Web Pertubuhan Peladang. Pihak PID Bandar Penawar (Pusat Internet Desa) telah dimohon untuk bekerjasama bagi menjayakan kursus ini dan bagi memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar. Dengan kepakaran yang dimiliki oleh PID Bandar Penawar dari segi penggunaan internet khususnya, dan penyediaan kemudahan seperti penyediaan Wifi sekitar lokasi kursus, pihak PID Bandar Penawar diberi penghargaan kerana tiada sebarang masalah teknikal berlaku sepanjang kursus berlangsung.

Gambar Atas Kanan: Gimik Perasmian Majlis oleh Tuan Pengarah LPP Negeri Johor

Gambar Kanan: Rakaman kenangan En. Mohd Firdaus Syaid bersama Hj Hood, Ahli Lembaga Pengarah, Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang.
Dengan penglibatan PID Bandar Penawar dan kerjasama erat ini, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang (Tuan Rumah) dan PID Bandar Penawar dapat saling berkongsi pengalaman dan mengeratkan lagi kerjasama antara kami. Dalam kesempatan keemasan ini juga, PID Bandar Penawar dapat memperkenalkan fungsi dan peranan serta mengenengahkan kewujudan Pusat Internet Desa Bandar Penawar khasnya, rangkaian Pusat Internet Desa, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Malaysia amnya kepada keseluruhan anggota Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor.
Catatan: Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang, En Suriadi b. Abd Jalal merupakan Penasihat 1, Pusat Internet Desa Bandar Penawar. Pengurus Hal Ehwal Korporat, Pertubuhan Peladang Kawasan Pengerang, En. Yahya b. Gono merupakan Ahli Jawatankuasa Sektor Pertanian, Pusat Internet Desa Bandar Penawar.