Terdapat 6 usahawan yang telah berdaftar di Portal PID dan mempromosikan produk mereka di e-Kedai sepanjang bengkel ICT dijalankan. Bengkel ini telah diadakan seminggu bermula 29.06.10 hingga 10.07.10. Antara usahawan yang berjaya mendaftar di portal & mempromosikan produk di e-Kedai iaitu :
Pn Ramlah bt A.Rahman ~ Syarikat Ramlah (menjual pelbagai baju batik, tempahan t-shirt, baju korporat, jualan aksesori wanita - beg tangan, kerongsang, tudung)
En Mad Amin b Hashim ~ Amin Roselle (kordial, jus, jem, teh, halwa, serbuk perasa)
Pn Rozana bt Mohd Nawi ~ Ross Timur Enterprise (teh misai kucing & kordial seri rapat)
En Alwee b Mahdi ~ Alwee Al-Haj Sdn. Bhd. (pakej umrah dan haji)
Pada 29.06.10 (Selasa) hingga 10.06.10 (Sabtu) telah diadakan Minggu Bengkel ICT anjuran PID Bandar Penawar. Pelbagai aktivit telah diadakan sepanjang minggu ini antaranya:
Beberapa prgram telah dirangka sepanjang Karnival Keusahawanan Sosial di PID Bandar Penawar dan semoga program ini dapat membantu usahawan dan komuniti dalam memperkasakan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.
Karnival Keusahawanan Sosial (KKS) 2010 adalah program tahunan ke-3 yang dilaksanakan oleh PID seluruh Malaysia. Pada tahun ini 3 program akan dilaksanakan oleh semua PID iaitu
1) Bengkel Portal PID - untuk melatih komuniti dalam penggunaan portal pid.net.my - jangkamasa bengkel selama seminggu - terbuka kepada ahli KUSPID, usahawan dan orang ramai - untuk menggalakkan lebih ramai komuniti mengambil manfaat menerusi portal yang telah dibangunkan. - membuka peluang kepada usahawan kecil untuk membuka perkhidmatan e-kedai bagi mempromosi produk dan perkhidmatan.
2) Mini Ekspo - 2 hari sekurang-kurangnya - melibatkan ahli KUSPID, usahawan dan komuniti - boleh merangkumi pelbagai aktiviti seperti bengkel latihan ICT dan aktiviti keusahawanan seperti pameran dan jualan produk oleh ahli KUSPID
3) e-Karnival - kempen jual beli secara online - dijalankan selama sebulan - aktiviti berteraskan ICT
Segala maklumat dan gambar-gambar yang dimuatnaik ke halaman blog ini adalah HAK MILIK PUSAT INTERNET DESA BANDAR PENAWAR JOHOR dan KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA. Adalah dilarang sama sekali membuat salinan (copy) atau meniru sebarang fakta yang tertera didalamnya. Perbuatan anda akan diambilkira diakhirat kelak sekiranya melanggar etika dan peraturan. Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpelihara :
Pusat Internet Desa Bandar Penawar Johor
Hak Milik Sepenuhnya :
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
PID 1 Malaysia
...Award...
Sijil Penghargaan
Piala
Sijil Penghargaan Kertas Cadangan Terbaik
Sijil Penghargaan Karnival Keusahawanan Sosial KPKK
Sijil Penghargaan Karnival Usahawan & ICT, MSC Malaysia